Harga bermula
Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk penerbangan ke Kansai. Menaiki penerbangan dan berlepas.
Makanan: Makan Dalam Kapal Terbang
Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, peserta akan disambut oleh pemandu pelancong dan terus bertolak ke Nara untuk melawat Taman Rusa Nara, yang terkenal dengan rusa jinak yang berkeliaran bebas. Selepas itu, makan malam bento akan disediakan sebelum daftar masuk ke hotel untuk bermalam.
Makanan: Makan Malam (Bento)
Selepas sarapan di hotel, peserta akan meneruskan lawatan ke Istana Osaka, salah satu mercu tanda bersejarah yang terkenal di Jepun. Seterusnya, lawatan diteruskan ke Pasar Kuromon, tempat terkenal dengan makanan segar dan street food tempatan. Peserta juga akan diberi masa bebas untuk bersiar-siar dan membeli-belah di kawasan Namba / Dotonbori, yang dikenali dengan papan iklan Glico Man yang ikonik. Makan malam bento disediakan sebelum kembali ke hotel untuk bermalam.
Makanan: Sarapan Pagi, Makan Malam (Bento)
Selepas sarapan, peserta akan meneroka keindahan Arashiyama Bamboo Forest, kawasan hutan buluh yang memukau. Seterusnya, berjalan santai di sepanjang Ninenzaka, jalan lama yang dipenuhi kedai cenderamata, kedai tradisional Jepun, kedai manisan, dan restoran. Makan malam bento sebelum bermalam di hotel.
Makanan: Sarapan Pagi & Makan Malam (Bento)
Selepas sarapan, peserta akan menaiki Shinkansen ke Tokyo, pengalaman menaiki kereta api laju yang terkenal di Jepun. Setibanya di Tokyo, peserta akan meneruskan Lawatan Bandar Tokyo termasuk membeli-belah dan bersiar-siar di sekitar Asakusa dan Ueno. Selepas makan malam bento, daftar masuk ke hotel untuk bermalam.
Makanan: Sarapan Pagi & Makan Malam (Bento)
Selepas sarapan, bertolak ke kawasan Gunung Fuji dan melawat Oishi Park, yang menawarkan pemandangan menakjubkan Gunung Fuji. Seterusnya, melawat Oshino Hakkai, sebuah perkampungan tradisional Jepun yang terkenal dengan mata air semula jadi. Peserta juga akan diberi masa bebas untuk membeli-belah di Gotemba Premium Outlet, salah satu outlet terkenal di Jepun. Kembali ke Tokyo dan makan malam bento sebelum bermalam di hotel.
Makanan: Sarapan Pagi & Makan Malam (Bento)
Selepas sarapan, peserta akan mempunyai sedikit masa untuk menerokai kawasan Shibuya dan Odaiba, yang terkenal sebagai destinasi membeli-belah dan hiburan di sebuah pulau buatan manusia di Teluk Tokyo. Seterusnya, bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
Makanan: Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari & Makan Malam
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Penjelajahan tamat.
Makanan: Makanan Dalam Kapal Terbang
Aturcara perjalanan adalah tertakluk kepada perubahan atas faktor-faktor seperti keadaan cuaca, lalulintas dan lain-lain perkara diluar jangkaan.
10/09/2025 – 17/09/2025 [MH] RM7,990
SP: Sarapan pagi, MT: Makan tengahari, MM : Makan Malam, MDK : Makan dalam kapal
4-2 (First Floor), Jalan Selasih K U12/K, Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, 40170 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Dhuha Travel Sdn Bhd (814618-H)
Hakcipta Terpelihara ©2024 | Syazwan Mohd
Isikan maklumat di bawah dan kami akan menghubungi anda sebentar sahaja lagi.
Isikan maklumat di bawah untuk dapatkan baucer diskaun pakej-pakej Dhuha Travel sehingga RM300!
Isikan maklumat di bawah dan kami akan menghubungi anda sebentar sahaja lagi.
Isikan maklumat di bawah dan kami akan menghubungi anda sebentar sahaja lagi.