ZHANGJIAJIE AVATAR

Harga bermula

RM3,990/pax

Jadual Perjalanan

Berkumpul di KLIA untuk taklimat ringkas dan sesi bergambar. Berlepas ke Changsha. Setibanya di sana, teruskan perjalanan ke Changde. Makan tengah hari dan makan malam di restoran tempatan. Daftar masuk hotel dan bermalam di Changde.

Makanan: Makan Tengah Hari & Makan Malam

Sarapan pagi di hotel. Bersedia untuk menaiki bas menuju Fenghuang (sekitar 3.5 jam perjalanan). Setibanya di sana, lawatan ke Bandar Lama Fenghuang: Menara Pintu Timur + Menara Pintu Utara + Pemandangan Shawan + Bangunan Seni Hongqiao + Menyusuri Sungai Tuojiang dengan bot (termasuk kereta elektrik dan pelayaran). Daftar masuk hotel dan bermalam di Fenghuang.

Makanan: Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari & Makan Malam

Sarapan pagi di hotel. Bertolak menaiki bas ke Perkampungan Miao Morong. Kemudian teruskan lawatan ke Bandar Furong (termasuk kereta elektrik + pelayaran bot). Selepas itu, menaiki bas ke Zhangjiajie (sekitar 2.5 jam perjalanan) dan lawatan ke Bangunan Pelik 72 Qilou, Food Street serta menikmati pelbagai persembahan kebudayaan dan pertunjukan cahaya.

Catatan: Tiada restoran halal di Furong Town, makan tengah hari akan disediakan dalam bentuk pek makanan: Halal Self Heating Rice Meal + buah-buahan + air mineral.

Daftar masuk hotel dan bermalam di Zhangjiajie.

Makanan: Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari & Makan Malam

Sarapan pagi di hotel. Naik ke puncak Gunung Tianmen dengan menaiki kereta kabel terpanjang dan terpantas di dunia. Lawatan termasuk 99 selekoh berliku, 999 anak tangga ke Gua Tianmen, Jambatan Kaca, Guigu Wooden Walkways dan Glass Sky Walkways. Selepas itu, lawatan ke Grand Canyon Zhangjiajie dan berjalan di atas jambatan kaca terpanjang di dunia. Bermalam di hotel di Zhangjiajie.

Makanan: Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari & Makan Malam

Sarapan pagi di hotel. Naik Mini Train di Ten Mile Natural Gallery / Golden Whip Stream. Kemudian naik ke Yuanjiajie menggunakan Lif Bailong, untuk melawat kawasan seperti Back Garden, Mihun Stage, Jambatan Pertama di Dunia dan Gunung Hallelujah. Seterusnya menaiki kereta-eko ke kawasan Gunung Emperor, melawat Helong Park, Peri Bunga, dll., dan turun semula dengan kereta kabel.

Catatan: Tiada restoran halal di kawasan pelancongan, makan tengah hari akan disediakan dalam bentuk pek makanan: Halal Self Heating Rice Meal + sosej ayam + buah-buahan.

Makanan: Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari & Makan Malam

Sarapan pagi di hotel. Bertolak menaiki bas ke Changsha (sekitar 4 jam perjalanan). Makan tengah hari di restoran tempatan dan solat di Masjid Changsha. Lawatan ke Juzizhou Islet (termasuk buggy) dan seterusnya membeli-belah di Huangxing Road Walking Street. Makan malam di restoran tempatan sebelum bergerak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Makanan: Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari & Makan Malam

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Penjelajahan tamat.

Aturcara perjalanan adalah tertakluk kepada perubahan atas faktor-faktor seperti keadaan cuaca, lalulintas dan lain-lain perkara diluar jangkaan.

Tarikh Penerbangan & Harga Pakej

02/09/2025 – 08/09/2025 [OD/CZ] RM3,990

11/09/2025 – 17/09/2025 [OD/CZ] RM3,990

17/10/2025 – 23/10/2025 [OD/CZ] RM3,990

02/11/2025 – 08/11/2025 [OD/CZ] RM3,990

25/11/2025 – 01/12/2025 [OD/CZ] RM3,990

03/12/2025 – 09/12/2025 [OD/CZ] RM3,990

12/12/2025 – 18/12/2025 [OD/CZ] RM3,990

Pakej Termasuk:

  • Penerbangan kelas ekonomi pergi-balik, cukai lapangan terbang, elaun bagasi dan makanan atas kapal terbang.
  • Penginapan hotel 4 bintang sepanjang perjalanan lengkap sarapan pagi.
  • Pengangkutan jenis bas persiaran/van.
  • Pengiring pelancong berbahasa Inggeris.
  • Makan & minum seperti aturcara.
  • Tiket masuk tempat lawatan
  • Tipping untuk pengiring pelancong dan pemandu.
  • Iringan tour leader untuk perjalanan lebih lancar.

Tidak Termasuk:

  • Perbelanjaan peribadi seperti mini bar, servis mencuci pakaian, bil telefon dan lain-lain.
  • Perkhidmatan porter hotel dan lapangan terbang.
  • Lawatan tambahan.
  • Insurans pengembaraan.
  • Lain-lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara.
  • WIFI di dalam bas persiaran.

Butiran Tambahan:

  • Bayaran deposit adalah sebanyak RM500 seorang
  • Bayaran akhir perlu dijelaskan selewat-lewatnya 45 hari sebelum tarikh berlepas

SP: Sarapan pagi, MT: Makan tengahari, MM : Makan Malam, MDK : Makan dalam kapal

Tempahan / Pertanyaan
Pakej Jalajah 2025

Isikan maklumat di bawah dan kami akan menghubungi anda sebentar sahaja lagi.

Maklumat Tempahan/ Pertanyaan

Daftar Baucer Diskaun Dhuha Travel

Isikan maklumat di bawah untuk dapatkan baucer diskaun pakej-pakej Dhuha Travel sehingga RM300!

Maklumat Tempahan/ Pertanyaan

Tempahan / Pertanyaan

Isikan maklumat di bawah dan kami akan menghubungi anda sebentar sahaja lagi.

Maklumat Tempahan/ Pertanyaan

Tempahan / Pertanyaan

Isikan maklumat di bawah dan kami akan menghubungi anda sebentar sahaja lagi.

Maklumat Tempahan/ Pertanyaan