Harga bermula
Berkumpul di KLIA2 untuk sesi taklimat ringkas dan sesi bergambar berkumpulan. Daftar masuk dan bersedia untuk berlepas ke Kunming.
Makanan: Makan Dalam Kapal Terbang
Tiba di Kunming pada awal pagi. Daftar masuk hotel dan berehat seketika sebelum bersarapan. Kemudian bertolak ke Dali. Makan tengah hari dalam perjalanan dan solat serta singgah di Masjid Nanmen. Seterusnya, lawatan ke Kota Tua Dali sebelum menikmati makan malam di restoran tempatan. Daftar masuk hotel dan bermalam di Dali.
Makanan: Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari & Makan Malam
Sarapan pagi di hotel. Lawatan dimulakan ke Dali Santorini dengan menaiki buggy (disediakan set buah-buahan ringan). Kemudian bertolak ke Lijiang. Makan tengah hari dalam perjalanan dan lawatan ke Perkampungan Muslim. Solat di masjid serta melawat keluarga Muslim tempatan. Peserta berpeluang mencuba aktiviti DIY membuat Milk Fan, snek tradisional masyarakat Muslim di sana. Makan malam di restoran tempatan, daftar masuk dan bermalam di Lijiang.
Makanan: Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari & Makan Malam
Sarapan pagi di hotel. Hari ini, peserta akan menikmati keindahan semula jadi di Gunung Jade Dragon Snow dengan menaiki kereta kabel besar (pergi dan balik). Seterusnya, kunjungan ke Blue Moon Valley (dengan buggy). Nikmati persembahan budaya hebat Impression Lijiang yang menampilkan keunikan masyarakat tempatan di kaki gunung. Makan tengah hari secara bungkusan akan disediakan. Makan malam di restoran tempatan dan bermalam di Lijiang.
Tiada restoran/makanan halal yang terdapat di Jade Dragon Snow Mountain. Makanan jenis packed food
Nota Penting:
Penyakit Akibat Altitud Tinggi (Altitude Sickness): Oleh kerana Gunung Salji Naga Jed (Jade Dragon Snow Mountain) terletak pada ketinggian 5596 meter dan Taman Glasier (Glacier Park) pada 4506 meter, terdapat risiko berlakunya penyakit akibat altitud tinggi. Gejala penyakit ini termasuk sakit kepala, loya, pening, dan keletihan. Jika anda mula merasakan mana-mana tanda ini, adalah penting untuk segera turun dari kawasan tersebut.
Penyakit akibat altitud tinggi boleh menyerang walaupun pengembara yang paling berpengalaman. Adalah disarankan untuk membawa kanister oksigen mudah alih sebagai langkah berjaga-jaga terhadap penyakit ini. Kanister ini boleh didapati di pasar raya tempatan atau di stesen kereta kabel sebelum pendakian anda.
Lengkapkan diri anda dengan pakaian hangat dan sarung tangan tahan lasak untuk melawan keadaan sejuk yang melampau di altitud tinggi di kawasan gunung.
Perlindungan Mata: Sebuah cermin mata hitam diperlukan untuk melindungi mata anda daripada sinaran ultraungu (UV).
Makanan: Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari & Makan Malam
Selepas sarapan, peserta akan melawat The Tiger Leaping Gorge (termasuk penggunaan lif). Seterusnya ke Bandar Lama Lijiang dan kawasan membeli-belah Square Street. Makan tengah hari dan makan malam di restoran tempatan dan bermalam di Lijiang.
Makanan: Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari & Makan Malam
Sarapan pagi di hotel sebelum bertolak ke stesen kereta api untuk menaiki kereta api laju ke Kunming. Setibanya di Kunming, makan tengah hari dan solat. Kemudian, peserta akan dibawa ke Kedai Sutera serta Pasar Borong Luosiwan. Makan malam di restoran tempatan, daftar masuk hotel dan bermalam di Yiliang.
Makanan: Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari & Makan Malam
Sarapan pagi di hotel. Lawatan diteruskan ke Stone Forest dengan menaiki buggy. Kemudian kunjungan ke Kilang Astaxanthin dan makan tengah hari di restoran tempatan. Solat di Masjid Shuncheng dan bersiar-siar di Jalan Membeli-Belah Shuncheng. Berjalan melalui gerbang ikonik Golden Horse dan Jade Rooster. Makan malam di restoran tempatan dan lawatan santai ke Pasar Malam Nanqiang. Kemudian bersedia untuk ke lapangan terbang bagi penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
Makanan: Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari & Makan Malam
Tiba masa untuk berlepas pulang ke tanah air. Penerbangan ke Kuala Lumpur dan tamatlah perjalanan penuh kenangan di bumi China.
Makanan: Makan Dalam Kapal Terbang
Aturcara perjalanan adalah tertakluk kepada perubahan atas faktor-faktor seperti keadaan cuaca, lalulintas dan lain-lain perkara diluar jangkaan.
05/09/2025 – 12/09/2025 [AK] RM4,990
12/09/2025 – 19/09/2025 [AK] RM4,990
16/10/2025 – 23/10/2025 [AK] RM4,990
22/10/2025 – 29/10/2025 [AK] RM4,990
SP: Sarapan pagi, MT: Makan tengahari, MM : Makan Malam, MDK : Makan dalam kapal
4-2 (First Floor), Jalan Selasih K U12/K, Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, 40170 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Dhuha Travel Sdn Bhd (814618-H)
Hakcipta Terpelihara ©2024 | Syazwan Mohd
Isikan maklumat di bawah dan kami akan menghubungi anda sebentar sahaja lagi.
Isikan maklumat di bawah untuk dapatkan baucer diskaun pakej-pakej Dhuha Travel sehingga RM300!
Isikan maklumat di bawah dan kami akan menghubungi anda sebentar sahaja lagi.
Isikan maklumat di bawah dan kami akan menghubungi anda sebentar sahaja lagi.