Harga bermula
Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk penerbangan ke Seoul, Korea Selatan. Menaiki penerbangan dan berlepas.
Makanan: Makan Dalam Kapal Terbang
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon dan disambut oleh pemandu pelancong tempatan. Perjalanan dimulakan dengan lawatan ke Nami Island, sebuah pulau yang terkenal dengan pemandangan indah dan pernah menjadi lokasi penggambaran drama Korea popular, Winter Sonata. Seterusnya, melawat Menara Namsan dan melihat Love Padlock Wall (tidak termasuk tiket ke dek pemerhatian). Daftar masuk ke hotel di Seoul dan bermalam di sana.
Makanan: Makan Tengah Hari & Makan Malam
Selepas sarapan, bertolak ke Everland Theme Park, sebuah taman tema terkenal di Seoul dengan pelbagai aktiviti dan permainan yang mengujakan. Kemudian, pulang semula ke Seoul dan meluangkan masa membeli belah di Dongdaemun Market, salah satu destinasi membeli-belah terkenal di Seoul. Kembali ke hotel dan bermalam di Seoul.
Makanan: Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari & Makan Malam
Selepas sarapan, lawatan dimulakan dengan melawat Istana Gyeongbokgung, merupakan istana terbesar dan paling utama di Korea Selatan. Kemudian melalui kawasan Presiden Blue House. Seterusnya, peserta akan mengunjungi dan berpeluang merasai pengalaman membuat kimchi serta mencuba pakaian tradisional Korea, Hanbok. Lawatan diteruskan ke Kilang Batu Permata Amethyst sebelum mengunjungi Masjid Antarabangsa Itaewon, masjid pertama dan terbesar di Korea Selatan. Kembali ke hotel dan bermalam di Seoul.
Makanan: Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari & Makan Malam
Selepas sarapan, peserta akan meneroka Insadong Cultural Street yang terkenal dengan kedai-kedai antik dan seni tradisional Korea. Seterusnya, melawat COEX Mall dan perpustakaan terkenal Starfield Library sebelum menuju ke Hongdae Picasso Street & Busking Street yang dipenuhi dengan seni jalanan dan hiburan langsung. Lawatan membeli-belah diteruskan ke Pine Tree Centre dan kedai kosmetik Korea sebelum ke Shinsegae Duty-Free Department Store. Akhir sekali, masa bebas untuk membeli-belah di Namdaemun Market dan Myeongdong Fashion Street, syurga fesyen dan kosmetik di Korea. Pulang ke hotel dan bermalam di Seoul.
Makanan: Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari & Makan Malam
Selepas bersarapan, peserta akan bertolak ke Lapangan Terbang Incheon untuk penerbangan pulang ke tanah air, membawa pulang kenangan indah sepanjang pengembaraan di Seoul.
Makanan: Sarapan Pagi
Aturcara perjalanan adalah tertakluk kepada perubahan atas faktor-faktor seperti keadaan cuaca, lalulintas dan lain-lain perkara diluar jangkaan.
20/09/2025 – 25/09/2025 [MH] RM3,990
18/10/2025 – 23/10/2025 [MH] RM4,190
19/11/2025 – 24/11/2025 [MH] RM3,990
04/12/2025 – 09/12/2025 [MH] RM4,190
25/12/2025 – 30/12/2025 [VN] RM4,590
SP: Sarapan pagi, MT: Makan tengahari, MM : Makan Malam, MDK : Makan dalam kapal
4-2 (First Floor), Jalan Selasih K U12/K, Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, 40170 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Dhuha Travel Sdn Bhd (814618-H)
Hakcipta Terpelihara ©2024 | Syazwan Mohd
Isikan maklumat di bawah dan kami akan menghubungi anda sebentar sahaja lagi.
Isikan maklumat di bawah untuk dapatkan baucer diskaun pakej-pakej Dhuha Travel sehingga RM300!
Isikan maklumat di bawah dan kami akan menghubungi anda sebentar sahaja lagi.
Isikan maklumat di bawah dan kami akan menghubungi anda sebentar sahaja lagi.