MINI SILK ROAD

Harga bermula

RM5,590/pax

Jadual Perjalanan

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk penerbangan ke Xian.

Makanan: Makan Dalam Kapal Terbang, Makan Malam

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Xian Xianyang, daftar masuk hotel dan bermalam di Xian. Selepas sarapan di hotel, lawatan dimulakan dengan mengunjungi Tembok Kota Purba Xian, salah satu tembok kota yang terpelihara dengan baik di China. Seterusnya, melawat Kilang Seramik Tiga Warna, yang terkenal dengan seni tembikar unik dari zaman Dinasti Tang. Makan tengah hari di restoran tempatan sebelum menunaikan solat di masjid tempatan. Lawatan diteruskan ke Muzium Patung Terracotta, di mana anda dapat melihat lebih 8,000 patung tentera yang diukir sejak zaman Maharaja Qin Shi Huang (Lawatan ini termasuk perkhidmatan kereta bateri dan alat pendengaran). Makan malam di restoran tempatan dan kembali ke hotel untuk bermalam di Xian.

Makanan: Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari & Makan Malam

Selepas sarapan, bertolak ke Lanzhou dengan menaiki kereta api laju, perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit. Setibanya di Lanzhou, makan tengah hari di restoran tempatan. Kemudian, melawat dan menunaikan solat di Masjid Xiguan, salah satu masjid bersejarah di Lanzhou. Selepas itu, singgah untuk sesi bergambar di Yellow River sebelum meneruskan lawatan ke Taman Gunung Pagoda Putih, termasuk perjalanan kereta kabel pergi dan balik. Berhenti untuk sesi bergambar di Taman Kincir Air dan Jambatan Besi Yellow River. Menikmati suasana malam dan meneroka Pasar Makanan Muslim untuk merasai makanan tempatan. Daftar masuk dan bermalam di Lanzhou.

Makanan: Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari & Makan Malam

Selepas sarapan, menaiki kereta api laju ke Zhangye, perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit. Setibanya di Zhangye, makan tengah hari di restoran tempatan. Kemudian, melawat dan menunaikan solat di Masjid Zhangye, salah satu masjid tertua di kawasan ini. Lawatan diteruskan ke Gunung Pelangi Zhangye, yang terkenal dengan lapisan warna-warninya yang menakjubkan (Perjalanan ini termasuk perkhidmatan buggy). Makan malam di restoran tempatan sebelum daftar masuk dan bermalam di Zhangye.

Makanan: Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari & Makan Malam

Selepas sarapan, lawatan bermula ke Desert Sport Park, di mana anda boleh menikmati pelbagai aktiviti sukan gurun. Rasai pengalaman menaiki unta di kawasan padang pasir yang luas. Makan tengah hari dan menunaikan solat di restoran tempatan. Kemudian, menaiki bas ke Xining. Setibanya di Xining, melawat Qilian Mountain Grassland, yang menawarkan pemandangan indah kawasan pergunungan. Makan malam di restoran tempatan sebelum daftar masuk dan bermalam di Xining.

Makanan: Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari & Makan Malam

Selepas sarapan, lawatan bermula dengan mengunjungi Tasik Qinghai, tasik air masin terbesar di China. Menikmati pengalaman cruise di Tasik Qinghai sambil menghayati pemandangan yang menenangkan. Makan tengah hari dan menunaikan solat di restoran tempatan. Seterusnya, menikmati pemandangan panoramik Sun And Moon Mountain, kawasan bersejarah dengan pemandangan semula jadi yang indah. Kemudian, mengunjungi Masjid Dongguan, salah satu masjid terbesar di wilayah Qinghai. Makan malam di restoran tempatan sebelum kembali ke hotel dan bermalam di Xining.

Makanan: Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari & Makan Malam

Selepas sarapan, bersiap sedia untuk menaiki kereta api laju ke Xian, perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam. Setibanya di Xian, makan tengah hari dan menunaikan solat di restoran tempatan. Lawatan diteruskan dengan sesi membeli-belah di Northwest Wholesale Market, yang menawarkan pelbagai barangan tempatan pada harga berpatutan. Makan malam di restoran tempatan sebelum menikmati suasana malam di North Square of Big Wild Goose Pagoda dan Grand Tang Dynasty Ever Bright City, kawasan yang bercahaya indah dengan suasana klasik Dinasti Tang. Daftar masuk dan bermalam di Xian.

Makanan: Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari & Makan Malam

Selepas sarapan, lawatan bermula ke Small Wild Goose Pagoda (tutup pada hari Selasa). Seterusnya, melawat Muzium Xian, termasuk penggunaan alat pendengaran untuk menikmati penjelasan yang lebih jelas mengenai sejarah kota ini. Makan tengah hari di restoran tempatan dan menunaikan solat di Masjid Besar Xian. Selepas itu, meneroka dan membeli-belah di Kawasan Muslim Xian, yang menawarkan pelbagai makanan halal dan cenderamata unik. Makan malam sendiri sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Xian untuk penerbangan pulang ke Malaysia.

Makanan: Sarapan Pagi & Makan Tengah Hari

Bersiap sedia untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Tamat perjalanan dan selamat tiba di tanah air.

Makanan: Makan Dalam Kapal Terbang

Aturcara perjalanan adalah tertakluk kepada perubahan atas faktor-faktor seperti keadaan cuaca, lalulintas dan lain-lain perkara diluar jangkaan.

Tarikh Penerbangan & Harga Pakej

30/05/2025 – 07/06/2025 [D7] RM5,990

01/06/2025 – 09/06/2025 [D7] RM5,990

22/06/2025 – 30/06/2025 [D7] RM5,590

12/09/2025 – 20/09/2025 [D7] RM5,990

17/09/2025 – 25/09/2025 [D7] RM5,590

14/10/2025 – 22/10/2025 [D7] RM5,590

Pakej Termasuk:

  • Penerbangan kelas ekonomi pergi-balik, cukai lapangan terbang, elaun bagasi dan makanan atas kapal terbang.
  • Penginapan hotel 4 bintang sepanjang perjalanan termasuk sarapan pagi.
  • Pengangkutan jenis bas persiaran.
  • Pengiring pelancong berbahasa Inggeris.
  • Makan & minum seperti aturcara.
  • 1x botol air minuman setiap hari.
  • Tiket masuk tempat lawatan
  • Tipping untuk pengiring pelancong dan pemandu.
  • Iringan tour leader untuk perjalanan lebih lancar.
  • Tren laju dari Xian – Lanzhou, Lanzhou – Zhangye dan Zhangye – Xian

Tidak Termasuk:

  • Perbelanjaan peribadi seperti mini bar, servis mencuci pakaian, bil telefon dan lain-lain.
  • Perkhidmatan porter hotel dan lapangan terbang.
  • Lawatan tambahan.
  • Insurans pengembaraan.
  • Lain-lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara.
  • WIFI di dalam bas persiaran.

Butiran Tambahan:

  • Bayaran deposit adalah sebanyak RM1,000 seorang
  • Bayaran akhir perlu dijelaskan selewat-lewatnya 45 hari sebelum tarikh berlepas

SP: Sarapan pagi, MT: Makan tengahari, MM : Makan Malam, MDK : Makan dalam kapal

Tempahan / Pertanyaan
Pakej Jalajah 2025

Isikan maklumat di bawah dan kami akan menghubungi anda sebentar sahaja lagi.

Maklumat Tempahan/ Pertanyaan

Daftar Baucer Diskaun Dhuha Travel

Isikan maklumat di bawah untuk dapatkan baucer diskaun pakej-pakej Dhuha Travel sehingga RM300!

Maklumat Tempahan/ Pertanyaan

Tempahan / Pertanyaan

Isikan maklumat di bawah dan kami akan menghubungi anda sebentar sahaja lagi.

Maklumat Tempahan/ Pertanyaan

Tempahan / Pertanyaan

Isikan maklumat di bawah dan kami akan menghubungi anda sebentar sahaja lagi.

Maklumat Tempahan/ Pertanyaan