Harga bermula
Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk penerbangan ke Hanoi, Vietnam. Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hanoi, disambut oleh wakil pemandu pelancong tempatan. Seterusnya, peserta akan dibawa terus ke Sapa melalui lebuh raya baharu, dengan perjalanan selama kira-kira 6.5 jam ke Lao Cai. Setibanya di Sapa, berehat dan menikmati makan malam di restoran halal. Daftar masuk hotel dan bermalam di Sapa.
Makanan: Makan Malam
Sarapan pagi di restoran halal sebelum memulakan lawatan ke Gunung Fansipan. Naik tren ke stesen kaki gunung, diikuti dengan menaiki kereta kabel menuju ke puncak Fansipan – dikenali sebagai “Bumbung Indochina”. Nikmati pemandangan lembah mawar yang memukau. Kemudian, lawatan diteruskan ke Perkampungan Cat Cat, iaitu perkampungan tradisional suku H’mong yang kaya dengan budaya tempatan dan panorama sawah teres. Selepas berehat di hotel, peserta boleh meneroka Sun Plaza dan kawasan membeli-belah sekitar pekan Sapa.
Makanan: Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari & Makan Malam
Selepas sarapan, lawatan diteruskan ke perkampungan Ta Van – salah satu perkampungan etnik minoriti dengan landskap sawah padi yang menghijau dan bukit-bukit indah. Kemudian lawatan ke Tribal Museum, jambatan gantung dan melihat trek alpine coaster Ban Mong (alpine coaster tidak termasuk – RM40 seorang jika ingin mencuba). Seterusnya, peserta akan dibawa ke sempadan Vietnam-China untuk sesi bergambar. Perjalanan diteruskan kembali ke Hanoi dan daftar masuk hotel. Bermalam di Hanoi.
Makanan: Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari & Makan Malam
Selepas sarapan, hari ini dimulakan dengan lawatan bersejarah ke kompleks Ho Chi Minh yang merangkumi makam dan rumah kayu bertiang yang pernah didiami beliau. Lawatan diteruskan ke Temple of Literature – universiti pertama Vietnam yang dibina pada tahun 1070. Seterusnya, peserta akan dibawa ke penjara Hoa Lo – tapak bersejarah yang menyimpan kisah perjuangan rakyat Vietnam. Solat di Masjid Al-Noor Hanoi, kemudian nikmati masa membeli-belah di Pasar Dong Xuan. Jangan lepaskan peluang menjelajah Old Quarter yang terkenal, dan juga lokasi ikonik rel kereta api lama di tengah kota Hanoi. Kembali ke hotel dan bermalam di Hanoi.
Makanan: Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari & Makan Malam
Selepas sarapan, peserta akan daftar keluar dari hotel. Aktiviti bebas sebelum bergerak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke tanah air dengan kenangan manis dari bumi Vietnam.
Makanan: Sarapan Pagi
Aturcara perjalanan adalah tertakluk kepada perubahan atas faktor-faktor seperti keadaan cuaca, lalulintas dan lain-lain perkara diluar jangkaan.
29/08/2025 – 02/09/2025 [MH] RM3,190
19/09/2025 – 23/09/2025 [MH] RM2,890
20/09/2025 – 24/09/2025 [MH] RM2,690
18/10/2025 – 22/10/2025 [MH] RM3,190
19/10/2025 – 23/10/2025 [MH] RM3,190
20/10/2025 – 24/10/2025 [MH] RM2,890
SP: Sarapan pagi, MT: Makan tengahari, MM : Makan Malam, MDK : Makan dalam kapal
4-2 (First Floor), Jalan Selasih K U12/K, Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, 40170 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Dhuha Travel Sdn Bhd (814618-H)
Hakcipta Terpelihara ©2024 | Syazwan Mohd
Isikan maklumat di bawah dan kami akan menghubungi anda sebentar sahaja lagi.
Isikan maklumat di bawah untuk dapatkan baucer diskaun pakej-pakej Dhuha Travel sehingga RM300!
Isikan maklumat di bawah dan kami akan menghubungi anda sebentar sahaja lagi.
Isikan maklumat di bawah dan kami akan menghubungi anda sebentar sahaja lagi.