Harga bermula
Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk penerbangan ke Danang. Setibanya di Lapangan Terbang Danang, perjalanan akan diteruskan dengan lawatan ke Bien Dong Park dan menikmati pemandangan indah di Pantai My Khe. Seterusnya, melawat Jambatan Love Lock dan melihat Jambatan Naga, ikon terkenal di Danang. Pada sebelah malam, berpeluang membeli-belah dan menikmati suasana di Pasar Malam. Selepas makan malam, daftar masuk hotel dan bermalam di Danang.
Makanan: Makan Dalam Kapal Terbang, Makan Malam
Selepas sarapan di hotel, lawatan diteruskan ke Perkampungan Nelayan, di mana pengunjung dapat melihat kehidupan harian para nelayan tempatan. Seterusnya, menikmati pemandangan laut yang indah di Gunung Son Tra. Kemudian, membeli-belah di syarikat yang menjual produk arang buluh & serat sebelum meneruskan lawatan ke Pasar Han untuk pelbagai barangan tempatan. Selepas makan tengah hari, perjalanan diteruskan ke Coconut Forest di mana pengunjung berpeluang mendayung sampan ke dalam hutan dan menyaksikan tarian mendayung sampan yang unik.
Pada waktu malam, meneroka keindahan Bandar Purba Hoi An yang dipenuhi cahaya tanglung berwarna-warni, membawa suasana kehidupan abad ke-17. Lawatan meliputi Jambatan Jepun yang berusia lebih 400 tahun, Balai Duta Purba, dan Pagoda Phuc Kien. Akhir sekali, berpeluang membeli sutera, pakaian, dan cenderamata di kawasan sekitar. Selepas makan malam, kembali ke Danang dan bermalam di hotel.
Makanan: Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari & Makan Malam
Selepas sarapan, bertolak ke Bana Hill dan menaiki kereta kabel menuju ke puncak bukit. Lawatan bermula dengan mengunjungi Jambatan Emas yang terkenal dengan reka bentuk ikoniknya. Kemudian, meneroka Kampung Perancis yang menampilkan seni bina klasik Eropah. Lawatan diteruskan ke Taman Sembilan Bunga dan Taman Bunga Le Jardin D’Amour, yang menawarkan pemandangan landskap yang memukau. Selepas itu, berseronok di Fantasy Park, taman permainan dalaman yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik. Selepas makan tengah hari, kembali ke Danang dan meneruskan sesi membeli-belah di Pasar Han serta menikmati suasana Pasar Malam. Selepas makan malam, daftar masuk hotel dan bermalam di Danang.
Makanan: Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari & Makan Malam
Selepas sarapan, daftar keluar hotel dan bertolak ke Lapangan Terbang Danang untuk penerbangan pulang ke tanah air.
Makanan: Sarapan Pagi & Makan Dalam Kapal Terbang,
Aturcara perjalanan adalah tertakluk kepada perubahan atas faktor-faktor seperti keadaan cuaca, lalulintas dan lain-lain perkara diluar jangkaan.
19/09/2025 – 22/09/2025 [MH] RM2,290
17/10/2025 – 20/10/2025 [MH] RM2,290
15/12/2025 – 18/12/2025 [MH] RM2,290
SP: Sarapan pagi, MT: Makan tengahari, MM : Makan Malam, MDK : Makan dalam kapal
4-2 (First Floor), Jalan Selasih K U12/K, Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, 40170 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Dhuha Travel Sdn Bhd (814618-H)
Hakcipta Terpelihara ©2024 | Syazwan Mohd
Isikan maklumat di bawah dan kami akan menghubungi anda sebentar sahaja lagi.
Isikan maklumat di bawah untuk dapatkan baucer diskaun pakej-pakej Dhuha Travel sehingga RM300!
Isikan maklumat di bawah dan kami akan menghubungi anda sebentar sahaja lagi.
Isikan maklumat di bawah dan kami akan menghubungi anda sebentar sahaja lagi.