Harga bermula
Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk penerbangan ke Skopje, Macedonia Utara. Menaiki penerbangan dan berlepas.
Makanan: Makan Dalam Kapal Terbang
Ketibaan di Lapangan Terbang Skopje dan bertemu dengan pemandu pelancong berbahasa Inggeris sepanjang perjalanan. Lawatan sekitar bandar Skopje termasuk Patung Alexander The Great, Dataran Macedonia, Jambatan Batu (Stone Bridge), Daut Pasha Hammam, Bangunan Bersejarah & Masjid Mustafa Pasha, Bergambar di Kale Fortress, Membeli-belah di Old Bazaar. Daftar masuk hotel dan bermalam di Skopje.
Makanan: Makan Tengah Hari & Makan Malam
Selepas sarapan, daftar keluar hotel dan bertolak ke Ohrid, Macedonia Utara. Dalam perjalanan, singgah di Tetovo untuk melihat Painted Mosque, masjid unik dari abad ke-15. Tiba di Ohrid dan meneruskan lawatan ke St Clement Square, Masjid Ali Pasha, Pokok Chinar Tua, Old Bazaar & Kedai Mutiara. Pilihan tambahan: Pelayaran bot di Tasik Ohrid (EUR 30 seorang – harga tertakluk kepada perubahan). Daftar masuk hotel dan bermalam di Ohrid.
Makanan: Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari & Makan Malam
Selepas sarapan, daftar keluar hotel dan bertolak ke Tirana, Albania. Lawatan sekitar bandar Tirana termasuk Dataran Skanderbeg & Patung Skanderbeg, Masjid Et’hem Bey, Menara Jam & Dewan Bandaraya serta Opera Nasional & Perpustakaan Nasional. Seterusnya, bertolak ke Shkoder, salah satu bandar tertua di Albania. Lawatan sekitar Shkoder termasuk Bandar Lama, Masjid, Katedral serta Jalan Tradisional yang telah dibina sejak abad ke-20. Daftar masuk hotel dan bermalam di Shkoder.
Makanan: Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari & Makan Malam
Selepas sarapan, daftar keluar dan bertolak ke Montenegro. Bergambar di Sveti Stefan, pulau kecil dengan resort mewah 5 bintang. Seterusnya, lawatan ke Budva, pelabuhan Mediterranean lama yang dikelilingi oleh tembok kota dari zaman Republik Venice. Kemudian, menikmati pemandangan indah Bay of Kotor, salah satu teluk paling unik di Adriatik yang dilindungi UNESCO. Selesai aktiviti, menuju ke Trebinje, Bosnia & Herzegovina untuk ke hotel dan bermalam.
Makanan: Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari & Makan Malam
Selepas sarapan, daftar keluar dan bertolak ke Dubrovnik, Croatia. Lawatan di Dubrovnik Old Town termasuk Air Pancut Onofrio, Tugu Orlando, Pelabuhan Lama dan Istana Rector yang menggabungkan seni bina Gothic, Renaissance & Baroque. Seterusnya, perjalanan ke Mostar, Bosnia & Herzegovina, bandar bersejarah yang terletak di lembah Sungai Neretva. Lawatan di Mostar termasuk Jambatan Lama (Stari Most) – Tapak Warisan Dunia UNESCO, Masjid Bey, Rumah Tradisional Turki dan Old Bazaar
Makanan: Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari & Makan Malam
Selepas sarapan, daftar keluar dan bertolak ke Sarajevo. Lawatan sekitar Sarajevo termasuk Jambatan Latin, lokasi bersejarah pembunuhan Archduke Franz Ferdinand, Dewan Bandaraya Vjecnica, bangunan ikonik dari 1891, serta Bascarsija Old Bazaar, pusat budaya & sejarah bandar ini. Dan masa bebas untuk membeli-belah di Old Town Sarajevo.
Makanan: Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari & Makan Malam
Selepas sarapan, daftar keluar dan melawat Museum Tunnel of Hope, terowong yang dibina pada tahun 1993 semasa Perang Bosnia. Seterusnya, melawat Taman Semula Jadi Vrelo Bosne, sumber Sungai Bosna yang terkenal dengan tasik indah. Melalui bandar Travnik, antara lawatan di sini termasuk Kubu Travnik, Masjid Sulejmanije, Madrasah Ibrahim Pasha serta Masjid Varos & Blue Water. Dalam perjalanan ke Bihac, singgah di Mlincici Jajce Watermills, kawasan kincir air yang menakjubkan.
Makanan: Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari & Makan Malam
Selepas sarapan, daftar keluar dan bertolak ke Plitvice Lakes National Park, taman negara tertua dan terbesar di Croatia dengan keindahan tasik bertingkat. Sambung perjalanan ke Zagreb, Croatia. Setiba di Zagreb, melawat Pasar Dolac, Gereja St. Mark, Menara Lotrscak dan Dataran Ban Jelacic (jika masa mengizinkan). Seterusnya, bertolak ke Lapangan Terbang Zagreb untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
Makanan: Sarapan Pagi & Makan Tengah Hari
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Tamat perjalanan.
Makanan: Makanan Dalam Kapal Terbang
Aturcara perjalanan adalah tertakluk kepada perubahan atas faktor-faktor seperti keadaan cuaca, lalulintas dan lain-lain perkara diluar jangkaan.
03/07/2025 – 12/07/2025 [TK] RM8,790
17/07/2025 – 26/07/2025 [TK] RM8,790
03/08/2025 – 12/08/2025 [TK] RM8,790
14/08/2025 – 23/08/2025 [TK] RM8,790
28/08/2025 – 06/09/2025 [TK] RM8,790
04/09/2025 – 13/09/2025 [TK] RM8,790
11/09/2025 – 20/09/2025 [TK] RM8,790
26/09/2025 – 05/10/2025 [TK] RM8,790
03/10/2025 – 12/10/2025 [TK] RM8,790
10/10/2025 – 19/10/2025 [TK] RM8,590
17/10/2025 – 26/10/2025 [TK] RM8,790
23/10/2025 – 01/11/2025 [TK] RM8,790
05/11/2025 – 01/11/2025 [TK] RM8,790
14/11/2025 – 23/11/2025 [TK] RM8,790
26/11/2025 – 05/12/2025 [TK] RM8,790
04/12/2025 – 13/12/2025 [TK] RM8,790
16/12/2025 – 25/12/2025 [TK] RM8,790
26/12/2025 – 04/01/2025 [TK] RM8,790
SP: Sarapan pagi, MT: Makan tengahari, MM : Makan Malam, MDK : Makan dalam kapal
4-2 (First Floor), Jalan Selasih K U12/K, Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, 40170 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Dhuha Travel Sdn Bhd (814618-H)
Hakcipta Terpelihara ©2024 | Syazwan Mohd
Isikan maklumat di bawah dan kami akan menghubungi anda sebentar sahaja lagi.
Isikan maklumat di bawah untuk dapatkan baucer diskaun pakej-pakej Dhuha Travel sehingga RM300!
Isikan maklumat di bawah dan kami akan menghubungi anda sebentar sahaja lagi.
Isikan maklumat di bawah dan kami akan menghubungi anda sebentar sahaja lagi.