03-3359 7024 (Pejabat) / 019-345 2780 (Hotline)
4 Hari 3 Malam
Nikmati perjalanan yang lebih mudah dan selesa dengan kemudahan penting yang telah kami sediakan sepanjang percutian anda.

Penerbangan Malaysia Airlines kelas Ekonomi
Hotel 3 bintang sepanjang perjalanan

Pengangkutan bas persiaran

Pengiring pelancong berbahasa Inggeris

Makan & minum mengikut aturcara

Tiket masuk tempat lawatan

Tip untuk pemandu & pengiring

Iringan tour leader disediakan
Segalanya telah kami susun agar perjalanan anda lebih lancar, teratur dan selesa.
Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk penerbangan ke Danang. Setibanya di Lapangan Terbang Danang, perjalanan akan diteruskan dengan lawatan ke Bien Dong Park dan menikmati pemandangan indah di Pantai My Khe. Seterusnya, melawat Jambatan Love Lock dan melihat Jambatan Naga, ikon terkenal di Danang. Pada sebelah malam, berpeluang membeli-belah dan menikmati suasana di Pasar Malam. Selepas makan malam, daftar masuk hotel dan bermalam di Danang.
Makanan: Makan Dalam Kapal Terbang, Makan Malam
Selepas sarapan di hotel, lawatan diteruskan ke Perkampungan Nelayan, di mana pengunjung dapat melihat kehidupan harian para nelayan tempatan. Seterusnya, menikmati pemandangan laut yang indah di Gunung Son Tra. Kemudian, membeli-belah di syarikat yang menjual produk arang buluh & serat sebelum meneruskan lawatan ke Pasar Han untuk pelbagai barangan tempatan. Selepas makan tengah hari, perjalanan diteruskan ke Coconut Forest di mana pengunjung berpeluang mendayung sampan ke dalam hutan dan menyaksikan tarian mendayung sampan yang unik.
Pada waktu malam, meneroka keindahan Bandar Purba Hoi An yang dipenuhi cahaya tanglung berwarna-warni, membawa suasana kehidupan abad ke-17. Lawatan meliputi Jambatan Jepun yang berusia lebih 400 tahun, Balai Duta Purba, dan Pagoda Phuc Kien. Akhir sekali, berpeluang membeli sutera, pakaian, dan cenderamata di kawasan sekitar. Selepas makan malam, kembali ke Danang dan bermalam di hotel.
Makanan: Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari & Makan Malam
Selepas sarapan, bertolak ke Bana Hill dan menaiki kereta kabel menuju ke puncak bukit. Lawatan bermula dengan mengunjungi Jambatan Emas yang terkenal dengan reka bentuk ikoniknya. Kemudian, meneroka Kampung Perancis yang menampilkan seni bina klasik Eropah. Lawatan diteruskan ke Taman Sembilan Bunga dan Taman Bunga Le Jardin D’Amour, yang menawarkan pemandangan landskap yang memukau. Selepas itu, berseronok di Fantasy Park, taman permainan dalaman yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik. Selepas makan tengah hari, kembali ke Danang dan meneruskan sesi membeli-belah di Pasar Han serta menikmati suasana Pasar Malam. Selepas makan malam, daftar masuk hotel dan bermalam di Danang.
Makanan: Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari & Makan Malam
Selepas sarapan, daftar keluar hotel dan bertolak ke Lapangan Terbang Danang untuk penerbangan pulang ke tanah air.
Makanan: Sarapan Pagi & Makan Dalam Kapal Terbang,
Aturcara perjalanan adalah tertakluk kepada perubahan atas faktor-faktor seperti keadaan cuaca, lalulintas dan lain-lain perkara diluar jangkaan.
19 SEPTEMBER 2025 – 22 SEPTEMBER 2025 (MH)
RM2,290
17 OKTOBER 2025 – 20 OKTOBER 2025 (MH)
RM2,290
15 DISEMBER 2025 – 18 DISEMBER 2025 (MH)
RM2,290
Harga Pakej Ini Tidak Termasuk

Perbelanjaan
Peribadi

Porter Hotel &
Lapangan Terbang

Lawatan
Tambahan
Insurans
Pengembaraan

Perkara di
Luar Aturcara

WiFi Dalam
Bas Persiaran

Bayaran deposit adalah sebanyak RM500 seorang

Bayaran akhir perlu dijelaskan selewat-lewatnya 45 hari sebelum tarikh berlepas
Pandangan mereka terhadap Dhuha Travel
Disiarkan pada Google Siti HajarTrustindex mengesahkan bahawa sumber asal semakan adalah Google. Alhamdulillah syukur umrah yang berjalan dengan lancar, penuh dengan ziarah yang bermanfaat, mutawif yang berilmu dan banyak sharing sepanjang dalam bus, di tempat2 ziarah dll. Services terbaik dan mudah berurusan.. recommended!!Disiarkan pada Google Aslan Hazli AhmadTrustindex mengesahkan bahawa sumber asal semakan adalah Google. Pengalaman mengerjakan umrah bersama Dhuha Travel sgt selesa dan sgt puas hati dgn servis dan info yg diberikanDisiarkan pada Google Rosenida Ab WahabTrustindex mengesahkan bahawa sumber asal semakan adalah Google. Sangay sangat bagus service yang diberikan. Banyak pengalaman manis selama bercuti menggunakan Dhua Travel.Disiarkan pada Google Three NickTrustindex mengesahkan bahawa sumber asal semakan adalah Google. Ini merupakan pengalaman umrah kali pertama untuk saya, dan Dhuha Travel telah memberikan servis yang sangat memuaskan buat saya dan keluarga. Banyak pengalaman indah di Mekah dan Madinah dan saya boleh cakap semuanya berjalan dengan sangat lancar. Saya nak ucapkan ribuan terima kasih yg tak terhingga kepada Encik Syazwan dan Ustaz Aizuddin atas layanan yang sangat baik, mesra, professional dan penuh sabar. Baru satu minggu berlalu tapi saya sangat2 merindui Mekah dan Madinah, dan jugak rindu akan perjalanan umrah bersama jemaah2 lain semua. Terima kasih banyak2.Disiarkan pada Google Diyana AbdullahTrustindex mengesahkan bahawa sumber asal semakan adalah Google. Had the best Umrah experience recently in December 2023, our Mutawif is Ustaz Aizuddin , who is learned, never stopped sharing his knowledge, the journey was smooth & full filling, had a operations Manager En Syazwan who was very patient and helpful. We are very grateful and happy. Alhamdulillah. Thank youDisiarkan pada Google Nur Izzati Amanina MohamadTrustindex mengesahkan bahawa sumber asal semakan adalah Google. Alhamdulillah perjalanan Umrah kami berjalan dengan lancar. Petugas dan mutawwif juga sangat membantu dan kami mendapat banyak ilmu baru pada perjalanan Umrah kali ini. Terima kasih.Disahkan oleh TrustindexLencana yang disahkan Trustindex adalah Simbol Universal Kepercayaan. Hanya syarikat terbaik yang boleh mendapat lencana yang disahkan dengan skor ulasan melebihi 4.5, berdasarkan ulasan pelanggan selama 12 bulan yang lalu. Baca lebih lanjut
Hanya isikan maklumat anda di dalam borang di bawah dan dapatkan baucer diskaun ini untuk digunakan ketika anda mendaftar mana-mana pakej umrah dan jelajah kami. Baucer sah sehingga 31 Disember 2025.
4-2 (First Floor), Jalan Selasih K U12/K, Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, 40170 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Dhuha Travel Sdn Bhd (814618-H)
Hakcipta Terpelihara ©2026 | Dhuha Travel Sdn. Bhd.
Website Design Oleh Pemaju Digital Sdn. Bhd
Isikan maklumat di bawah untuk dapatkan baucer diskaun pakej-pakej Dhuha Travel sehingga RM300!
Isikan maklumat di bawah dan kami akan menghubungi anda sebentar sahaja lagi.
Isikan maklumat di bawah dan kami akan menghubungi anda sebentar sahaja lagi.
Isikan maklumat di bawah dan kami akan menghubungi anda sebentar sahaja lagi.