Banyak sebab sebenarnya kenapa ramai orang suka travel ke Turki. Yang paling jelas sekali adalah Turki ini mempunyai kaitan sejarah yang kuat dengan peradaban Islam. Yang paling dekat sekali adalah kaitan Turki dengan Khalifah Uthmaniyah. Kalau diselusuri kembali sejarah, Khalifah Uthmaniyah juga ada hubung kaitnya dengan tanah melayu suatu ketika dahulu.
Tapi, bukan sejarah yang nak diceritakan. Ini adalah 5 sebab kenapa Turki ini sangat menarik untuk kita jelajahi.
Apabila anda travel ke Turki, sebenarnya anda telah menjelajah dua benua sekaligus. Hebat tak?
Turki sebenarnya terletak di antara benua Asia dan benua Eropah. Inilah yang menjadikan Turki sebagai sebuah negara yang unik. Selat Bosphorus yang terletak di Turki inilah yang memisahkan Turki kepada dua bahagian benua.
Makanya, jika anda berpeluang travel ke Turki, anda sepatutnya berasa bangga kerana anda telahpun menjelajah ke dua buah benua!
Sejarah peradaban Turki juga sangat menarik. Ia merupakan negara yang mempunyai kepelbagaian budaya dan agama. Turki mempunyai sejarah yang panjang dan telah melalui pelbagai perubahan zaman.
Bermula daripada zaman empayar Persia, Alexander The Great, Rom sehingga empayar Byzantine, Turki juga pernah menjadi pusat pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah suatu ketika dahulu. Setelah kejatuhan Kesultanan Uthmaniyyah, Turki diperkenalkan semula sebagai sebuah kerajaan republik oleh Mustafa Kemal Ataturk yang merupakan presiden pertama Republik Turki.
Disebabkan perubahan zaman ini, kita dapat saksikan peninggalan bersejarah seperti Hierapolis yang dibangunkan oleh kerajaan empayar Rom dahulu. Dan kita juga dapat menyaksikan Hagia Sophia yang pada asalnya merupakan sebuah gereja tetapi ditukar fungsinya kepada sebuah masjid ketika zaman Khalifah Uthmaniyah.
Majoriti penduduk di Turki adalah beragama Islam iaitu sebanyak 98%. Jadi, tak menjadi masalah bagi penjelajah yang beragama Islam untuk mendapatkan makanan halal di sini.
Untuk solat juga tidak menjadi masalah. Banyak masjid-masjid yang ada di Turki. Yang paling popular dan ikonik adalah Masjid Biru atau The Blue Mosque. Ia merupakan salah satu mercu tanda negara Turki. Ia dibina antara tahun 1609 hingga 1616 sewaktu pemerintahan Sultan Ahmed 1. Masjid ini diiktiraf oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun 1985.
Turki juga merupakan sebuah negara 4 musim. Musim panas di Turki sangat panas, dan musim sejuknya pula tersangatlah sejuk. Keadaannya tak sama jika nak dibandingkan dengan Korea dan Jepun.
Waktu yang paling sesuai untuk travel ke Turki adalah pada bulan April – Mei ketika musim bunga dan pada bulan September – Oktober yang merupakan musim luruh. Walau bagaimanapun, tidak ada waktu yang tidak sesuai pun untuk travel ke Turki. Cuma pada bulan Julai – Ogos, ianya adalah musim panas dan mungkin tidak selesa bagi sesetengah orang.
Tetapi, jika anda minat dengan aktiviti luncur ski, musim sejuk antara bulan Disember hingga Februari adalah sangat sesuai. Terdapat lebih dari 8 gunung ski resort yang ada di Turki. Antaranya adalah Uludag Bursa, Erciyes Kayseri, Kartepe, Sariksmis, Bitlis, Elmadag dan banyak lagi.
Turki ini sangat terkenal dengan keindahan panoramanya yang memukau. Banyak tempat yang instagrammable di Turki. Dan inilah antara sebab paling besar kenapa ramai orang nak travel ke Turki.
Yang paling popular ada Cappadocia. Panorama di lokasi ini sangat menakjubkan. Tambahan pula tempat ini pernah menjadi lokasi filem Malaysia, Manisnya Cinta di Cappadocia arahan Bernard Chauly, ramai orang kita terpana dengan keindahan alam Cappadocia dan berimpian untuk ke sini.
Cappadocia mempunyai bentuk muka bumi yang agak pelik. Ianya adalah hasil daripada pergerakan muka bumi, hakisan dan bermacam-macam lagi faktor semulajadi selama beribu tahun. Contohnya, ada bebatuan yang berbentuk seperti cendawan dan batu besar yang berbentuk seperti unta.
Terdapat juga bentuk yang disebabkan oleh manusia seperti gua-gua yang dibentuk oleh orang-orang di zaman logam (2500 tahun dahulu) sehingga terbentuk lembah. Dan gua-gua ini pernah menjadi tempat perlindungan orang-orang Kristian awal yang melarikan diri dari penganiayaan pemerintah ketika itu. Mereka mengukir dinding-dinding gua itu sehingga membentuk dinding yang cantik untuk dijadikan gereja dan tempat tinggal.
Sebenarnya, banyak lagi perkara-perkara menarik yang anda boleh pelajari dari Turki. Tapi, kalau anda sendiri yang rasai pengalaman travel ke Turki ini, pasti ianya akan lebih menarik.
Kami di Dhuha Travel juga ada menyediakan pakej Jelajah Turki yang menyajikan banyak tempat-tempat menarik untuk dikunjungi. Dan yang menariknya, harga mampu milik termasuk penerbangan, hotel, makanan halal, aktiviti serta tempat-tempat lawatan dan lain-lain.
Jika anda nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan pakej Jelajah Turki kami, boleh klik di sini.
4-2 (First Floor), Jalan Selasih K U12/K, Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, 40170 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Dhuha Travel Sdn Bhd (814618-H)
Hakcipta Terpelihara ©2024 | Syazwan Mohd