KAHERAH & ALEXANDRIA

Harga bermula

RM5,190/pax

Jadual Perjalanan

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk penerbangan ke Kaherah. Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah, bertemu dengan pemandu pelancong tempatan. Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel untuk bermalam di Kaherah.

Makanan: Makan Dalam Kapal Terbang, Makan Malam

Selepas sarapan di hotel, lawatan bermula ke Piramid & Sphinx di Giza, salah satu keajaiban dunia purba. Makan tengah hari di restoran tempatan sebelum melawat kilang minyak wangi, di mana anda dapat mencuba pelbagai jenis haruman asli Mesir. Seterusnya, melawat Kilang Papyrus, tempat pembuatan kertas kuno dari pokok papyrus. Makan malam di restoran tempatan sebelum kembali ke hotel untuk bermalam di Kaherah.

Makanan: Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari & Makan Malam

Selepas sarapan, bertolak ke Alexandria, bandar pelabuhan yang terletak di pesisir Laut Mediterranean. Lawatan dimulakan dengan mengunjungi Benteng Sultan Qaitbay, sebuah kubu pertahanan dari zaman Kesultanan Mamluk. Seterusnya, bersiar-siar di Taman Montaza, kawasan istana yang indah dengan pemandangan laut. Melawat Perpustakaan Alexandria, salah satu perpustakaan terbesar dan termoden di dunia. Kemudian, menziarahi Masjid Al-Mursi Abu Al-Abbas dan Maqam Nabi Danial AS. Menikmati makan tengah hari makanan laut yang segar di Alexandria. Selepas itu, bertolak semula ke Kaherah untuk makan malam dan bermalam di hotel.

Makanan: Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari & Makan Malam

Selepas sarapan, bertolak ke Sinai. Dalam perjalanan, singgah untuk melihat Uyun Musa dan melalui Terusan Suez, laluan perkapalan antarabangsa yang menghubungkan Laut Mediterranean dan Laut Merah. Setibanya di Sinai, daftar masuk hotel dan makan malam di restoran tempatan. Bermalam di hotel sebelum mendaki Gunung Nabi Musa sekitar jam 1 pagi untuk menyaksikan matahari terbit.

(Bagi yang tidak mahu mendaki, pemandangan gunung boleh dinikmati pada waktu pagi.)

Makanan: Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari & Makan Malam

Selepas menikmati matahari terbit di Gunung Nabi Musa, turun dari gunung dan melawat Biara St. Catherine, salah satu biara tertua di dunia. Kembali ke hotel untuk sarapan pagi dan daftar keluar. Bertolak semula ke Kaherah dengan makan tengah hari dan makan malam dalam perjalanan. Setibanya di Kaherah, daftar masuk dan bermalam di hotel.

Makanan: Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari & Makan Malam

Selepas sarapan pagi, lawatan dimulakan dengan mengunjungi Kubu Sultan Salahuddin Al-Ayyubi, salah satu benteng pertahanan terkenal di Mesir. Kemudian, menziarahi Masjid Al-Azhar, pusat ilmu Islam yang berusia lebih dari 1,000 tahun. Lawatan diteruskan ke Muzium Mesir, yang menyimpan lebih 120,000 artifak bersejarah, termasuk koleksi emas Firaun Tutankhamun. Seterusnya, menziarahi Maqam Imam Shafie dan Masjid Amr Ibn Al-As, masjid pertama yang dibina di benua Afrika. Menunaikan solat di Masjid Al-Azhar, sebelum meneruskan sesi membeli-belah di Bazar Khan El-Khalili, pasar tertua dan paling terkenal di Kaherah. Pada waktu malam, bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Makanan: Sarapan Pagi & Makan Tengah Hari

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Penjelajahan tamat.

Makanan: Makanan Dalam Kapal Terbang

Aturcara perjalanan adalah tertakluk kepada perubahan atas faktor-faktor seperti keadaan cuaca, lalulintas dan lain-lain perkara diluar jangkaan.

Tarikh Penerbangan & Harga Pakej

18/10/2025 – 24/10/2025 [EK] RM5,190

04/11/2025 – 10/11/2025 [EK] RM5,190

25/11/2025 – 01/12/2025 [EK] RM5,190

02/12/2025 – 08/12/2025 [EK] RM5,190

Pakej Termasuk:

  • Penerbangan kelas ekonomi pergi-balik, cukai lapangan terbang, elaun bagasi dan makanan atas kapal terbang.
  • Penginapan hotel 3 bintang sepanjang perjalanan termasuk sarapan pagi.
  • Pengangkutan jenis bas persiaran.
  • Pengiring pelancong berbahasa Inggeris.
  • Makan & minum seperti aturcara.
  • 1x botol air minuman setiap hari.
  • Tiket masuk tempat lawatan
  • Tipping untuk pengiring pelancong dan pemandu.
  • Iringan tour leader untuk perjalanan lebih lancar.

Tidak Termasuk:

  • Perbelanjaan peribadi seperti mini bar, servis mencuci pakaian, bil telefon dan lain-lain.
  • Perkhidmatan porter hotel dan lapangan terbang.
  • Lawatan tambahan.
  • Insurans pengembaraan.
  • Lain-lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara.
  • WIFI di dalam bas persiaran.

Butiran Tambahan:

  • Bayaran deposit adalah sebanyak RM1,000 seorang
  • Bayaran akhir perlu dijelaskan selewat-lewatnya 45 hari sebelum tarikh berlepas

SP: Sarapan pagi, MT: Makan tengahari, MM : Makan Malam, MDK : Makan dalam kapal

LAWATAN TAMBAHAN

  • Pelayaran Sg. Nil + Makan Malam: USD40/pax
  • Tunggang Unta: USD12/pax
  • Pharaonic Village: USD35/pax
  • Light & Sound Show in Pyramid: USD45/pax

Tempahan / Pertanyaan
Pakej Jalajah 2025

Isikan maklumat di bawah dan kami akan menghubungi anda sebentar sahaja lagi.

Maklumat Tempahan/ Pertanyaan

Daftar Baucer Diskaun Dhuha Travel

Isikan maklumat di bawah untuk dapatkan baucer diskaun pakej-pakej Dhuha Travel sehingga RM300!

Maklumat Tempahan/ Pertanyaan

Tempahan / Pertanyaan

Isikan maklumat di bawah dan kami akan menghubungi anda sebentar sahaja lagi.

Maklumat Tempahan/ Pertanyaan

Tempahan / Pertanyaan

Isikan maklumat di bawah dan kami akan menghubungi anda sebentar sahaja lagi.

Maklumat Tempahan/ Pertanyaan