TURKIYE KLASIK

Harga bermula

RM4,890/pax

Jadual Perjalanan

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk penerbangan ke Istanbul, Turkiye. Setibanya di Istanbul, bertemu dengan pengiring pelancong tempatan. Makan malam di restoran tempatan sebelum dibawa ke hotel untuk bermalam. Bermalam di Istanbul.

Makanan: Makan Dalam Kapal Terbang, Makan Malam

Selepas sarapan pagi, check-out hotel dan bertolak ke Bursa. Dalam perjalanan, singgah di Masjid Camlica, masjid terbesar di Turkiye. Setibanya di Bursa, berhenti di Kedai Manisan dan Turkish Delight untuk membeli-belah manisan tradisional Turkiye. Selepas makan tengah hari, melawat Masjid Ulu Camii yang pernah menjadi pusat pemerintahan awal Kerajaan Uthmaniyah. Juga terdapat Bazar Koza Han yang menjual kain-kain sutera. Menuju ke hotel untuk daftar masuk penginapan dan makan malam. Bermalam di Istanbul.

Makanan: Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari & Makan Malam

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Bertolak ke Pamukkale. Setibanya di Pamukkale, anda akan melawat Kota Purba Hierapolis di mana anda boleh melihat pintu gerbang purba Byzantine, Roman Theatre dan Kolam Mandi Antik. Anda juga boleh menikmati kolam air panas semulajadi - Cotton Castle (disarankan membawa selipar). Selesai aktiviti di sini, anda akan dibawa ke Kilang Tekstil Produk Kapas untuk membeli-belah. Selesai aktiviti, menuju ke hotel, daftar masuk dan makan malam. Bermalam di Pamukkale.

Makanan: Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari & Makan Malam

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Meneruskan perjalanan yang panjang ke Cappadocia. Dalam perjalanan, singgah di Sultanhani Caravanserai untuk bergambar. Setiba di Cappadocia, daftar masuk hotel dan makan malam. Bermalam di Cappadocia.

Makanan: Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari & Makan Malam

Nikmati pengalaman menaiki belon udara panas atau Jeep Safari (lawatan tambahan - tertakluk kepada keadaan cuaca). Sarapan pagi di hotel. Hari ini anda akan menjelajah satu hari di Cappadocia. Nikmati pemandangan panorama di Cappadocia seperti Pigeon Valley, Camel Rock, Mushroom Valley dan Esentepe Hills. Selesai aktiviti lawatan, anda akan dibawa membeli belah di kedai perhiasan batu dan tembikar. Anda juga akan dibawa melihat sendiri penghasilan permaidani tradisional Turkiye di kilangnya. Kemudian, kembali ke hotel untuk makan malam dan bermalam. Anda juga boleh merasai pengalaman Turkish Night yang merupakan persembahan tarian tradisional Turkiye (lawatan tambahan). Bermalam di Cappadocia.

Makanan: Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari & Makan Malam

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Sebelum bertolak ke Ankara, melawat Kota Bawah Tanah yang pernah wujud di Cappadocia sejuk kurun ke-8 sebelum masihi. Meneruskan perjalanan, singgah di Tuz Golu, sebuah tasik garam dan merupakan tasik ke-2 terbesar di Turkiye. Setibanya di Ankara, sebuah bandar pemerintahan Turkiye, melawat Anitkabir yang merupakan sebuah monumen peringatan Mustafa Kemal Ataturk. Sambung perjalanan ke Bolu. Setibanya di Bolu, daftar masuk hotel dan makan malam. Bermalam di Bolu.

Makanan: Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari & Makan Malam

Selepas sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Perjalanan diteruskan ke Istanbul. Setibanya di Istanbul, anda akan dibawa menaiki pelayaran Bosphorus untuk bersantai sambil melihat keindahan Kota Istanbul dari Selat Bosphorus. Membeli belah di Spice Bazaar dan Taksim Square. Makan malam di restoran tempatan. Singgah di gedung pakaian kulit sambil melihat pertunjukan fesyen pakaian kulit. Daftar masuk hotel dan bermalam di Istanbul.

Makanan: Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari & Makan Malam

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Anda akan dibawa melawat Kota Lama Istanbul iaitu Blue Mosque dan Hagia Sophia (masuk percuma hanya pada waktu solat). Kemudian, bergambar di Istana Topkapi (bahagian laman pertama sahaja). Membeli belah di Grand Bazaar sebelum dibawa ke lapangan terbang Istanbul untuk penerbangan pulang ke tanah air.

Makanan: Sarapan Pagi & Makan Tengah Hari

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Penjelajahan tamat.

Aturcara perjalanan adalah tertakluk kepada perubahan atas faktor-faktor seperti keadaan cuaca, lalulintas dan lain-lain perkara diluar jangkaan.

Tarikh Penerbangan & Harga Pakej

31/05/2025 – 08/06/2025 [QR] RM4,990

01/06/2025 – 09/06/2025 [QR] RM4,990

05/06/2025 – 14/06/2025 [SQ] RM4,690

21/08/2025 – 30/08/2025 [SQ] RM4,990

28/08/2025 – 05/09/2025 [QR] RM5,190

30/08/2025 – 08/09/2025 [SQ] RM4,990

02/09/2025 – 11/09/2025 [SQ] RM4,990

07/09/2025 – 16/09/2025 [SQ] RM4,990

13/09/2025 – 22/09/2025 [SQ] RM4,990

21/09/2025 – 30/09/2025 [SQ] RM4,990

26/09/2025 – 04/10/2025 [QR] RM4,990

14/10/2025 – 23/10/2025 [SQ] RM5,190

24/10/2025 – 01/11/2025 [QR] RM4,890

30/10/2025 – 07/11/2025 [QR] RM4,890

06/11/2025 – 14/11/2025 [QR] RM4,890

12/11/2025 – 20/11/2025 [QR] RM4,790

18/11/2025 – 26/11/2025 [QR] RM4,890

26/11/2025 – 04/12/2025 [QR] RM4,890

06/12/2025 – 14/12/2025 [QR] RM5,290

10/12/2025 – 18/12/2025 [QR] RM5,290

12/12/2025 – 20/12/2025 [QR] RM5,290

18/12/2025 – 26/12/2025 [EK] RM4,990

29/12/2025 – 07/01/2026 [EK] RM5,290

30/12/2025 – 08/01/2026 [SQ] RM5,290

SUMMER | AUTUMN | WINTER

Pakej Termasuk:

  • Penerbangan kelas ekonomi pergi-balik, cukai lapangan terbang, elaun bagasi dan makanan atas kapal terbang.
  • Penginapan hotel setaraf 3 bintang sepanjang perjalanan.
  • Pengangkutan jenis bas persiaran.
  • Pengiring pelancong berbahasa Inggeris.
  • Makan & minum seperti aturcara.
  • Tiket masuk tempat lawatan
  • 1x botol air minuman (0.5 L) setiap hari.
  • Tipping untuk pengiring pelancong dan pemandu.
  • Iringan tour leader untuk perjalanan lebih lancar.
  • Pelayaran Bosphorus.

Tidak Termasuk:

  • Perbelanjaan peribadi seperti mini bar, servis mencuci pakaian, bil telefon dan lain-lain.
  • Perkhidmatan porter hotel dan lapangan terbang.
  • Lawatan tambahan.
  • Insurans pengembaraan.
  • Lain-lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara.
  • WIFI di dalam bas persiaran.

Butiran Tambahan:

  • Bayaran deposit adalah sebanyak RM1,000 seorang
  • Bayaran akhir perlu dijelaskan selewat-lewatnya 45 hari sebelum tarikh berlepas

SP: Sarapan pagi, MT: Makan tengahari, MM : Makan Malam, MDK : Makan dalam kapal

Tempahan / Pertanyaan
Pakej Jalajah 2025

Isikan maklumat di bawah dan kami akan menghubungi anda sebentar sahaja lagi.

Maklumat Tempahan/ Pertanyaan

Daftar Baucer Diskaun Dhuha Travel

Isikan maklumat di bawah untuk dapatkan baucer diskaun pakej-pakej Dhuha Travel sehingga RM300!

Maklumat Tempahan/ Pertanyaan

Tempahan / Pertanyaan

Isikan maklumat di bawah dan kami akan menghubungi anda sebentar sahaja lagi.

Maklumat Tempahan/ Pertanyaan

Tempahan / Pertanyaan

Isikan maklumat di bawah dan kami akan menghubungi anda sebentar sahaja lagi.

Maklumat Tempahan/ Pertanyaan