MOROCCO, SPAIN & PORTUGAL

Harga bermula

RM9,990/pax

Jadual Perjalanan

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk penerbangan ke Casablanca, Morocco.

Makanan: Makan Dalam Kapal Terbang

Setibanya di Casablanca, peserta akan dibawa melawat Masjid Hassan II dan kawasan pesisir Corniche. Solat Zuhur akan dilaksanakan di Masjid Hassan II. Seterusnya, bertolak ke Marrakech. Tiba di Marrakech, peserta akan daftar masuk ke hotel. Makan malam dan bermalam di Marrakech.

Makanan: Makan Malam

Sarapan di hotel. Selepas sarapan, peserta akan memulakan lawatan bandar Marrakech. Lawatan merangkumi Taman Menara dan Masjid Koutoubia. Solat Zuhur akan dilakukan di Masjid Koutoubia. Kemudian peserta akan melawat Spicy Pharmacy dan Dataran Jamaa el Fna. Peserta diberi masa untuk meneroka kawasan medina. Seterusnya makan malam dan bermalam di Marrakech.

Makanan: Sarapan Pagi & Makan Malam

Sarapan di hotel dan daftar keluar. Bertolak ke Rabat selama lebih kurang tiga jam. Setibanya di Rabat, lawatan dimulakan dengan melawat kawasan bersejarah Oudaya dan Istana Diraja (pandangan luar). Solat Zuhur akan dilakukan di Masjid Rabat. Lawatan diteruskan ke Makam Mohammed V dan Menara Hassan. Kemudian peserta bertolak ke Kenitra. Setibanya di Kenitra, daftar masuk hotel, makan malam dan bermalam.

Makanan: Sarapan Pagi & Makan Malam

Sarapan di hotel dan daftar keluar. Bertolak ke Fez, mengambil masa kira-kira dua jam setengah. Setibanya di Fez, peserta akan melawat Istana Diraja, Masjid Karawiyene dan kawasan penyamakan kulit Chouara Tannery. Solat Zuhur akan dilakukan di dalam kawasan Medina Fez. Lawatan diteruskan dengan meneroka Medina Fez. Kemudian makan malam dan daftar masuk hotel. Bermalam di Fez.

Makanan: Sarapan Pagi & Makan Malam

Sarapan di hotel dan daftar keluar. Bertolak ke Chefchaouen, perjalanan selama kira-kira tiga jam setengah. Setibanya di Chefchaouen, lawatan bermula ke Masjid Sepanyol dan Dataran Outta Hammam. Solat Zuhur dilakukan di Chefchaouen. Kemudian perjalanan diteruskan ke Tangier. Setibanya di Tangier, lawatan ke Cap Spartel akan dilakukan bergantung kepada keadaan cuaca dan masa. Seterusnya makan malam dan daftar masuk hotel. Bermalam di Tangier.

Makanan: Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari & Makan Malam

Sarapan di hotel dan daftar keluar. Hari ini, peserta akan menaiki feri dari Tangier ke Tarifa menyeberangi Selat Gibraltar selama satu jam. Setibanya di Tarifa, peserta disambut oleh pemandu pelancong di Sepanyol dan terus menuju ke Granada. Solat Zuhur akan dilakukan di Masjid Granada. Jika masa mengizinkan, peserta akan dibawa ke Kilang Outlet Malaga. Seterusnya makan malam dibekalkan dan daftar masuk hotel. Bermalam di Granada.

Makanan: Sarapan Pagi & Makan Malam

Sarapan di hotel dan daftar keluar. Hari ini peserta akan melawat Istana Alhambra dan Taman Generalife. Peserta diberi masa untuk menikmati dan meneroka keindahan sejarahnya. Kemudian perjalanan diteruskan ke Cordoba untuk melawat Masjid Cordoba, Jambatan Roman dan Menara Calahorra. Selepas itu bertolak ke Écija untuk makan malam yang dibekalkan dan daftar masuk hotel. Bermalam di Écija.

Makanan: Sarapan Pagi & Makan Malam

Sarapan di hotel dan daftar keluar. Bertolak ke Seville selama satu jam. Setibanya di Seville, peserta akan melawat Taman Maria Luisa, Plaza de España, Giralda (pandangan luar), Torre del Oro dan Royal Alcazar (berhenti bergambar). Solat Zuhur akan dilakukan di Masjid Seville. Perjalanan diteruskan ke Elvas, Portugal. Makan malam dan daftar masuk hotel. Bermalam di Elvas. Makan malam dibekalkan.

Makanan: Sarapan Pagi & Makan Malam

Sarapan di hotel. Selepas sarapan, peserta akan bertolak ke Lisbon selama kira-kira dua jam lima belas minit. Setibanya di Lisbon, peserta akan melawat Menara Belem, Tugu Penjelajahan, Dataran Praca do Comercio dan Dataran Rossio. Solat Zuhur akan dilakukan di Masjid Pusat Lisbon. Lawatan diteruskan ke Freeport Outlet untuk membeli-belah. Seterusnya pulang ke Elvas untuk makan malam dan bermalam. Makan malam dibekalkan.

Makanan: Sarapan Pagi & Makan Malam

Sarapan di hotel dan daftar keluar. Bertolak ke Toledo selama kira-kira tiga jam. Setibanya di Toledo, peserta akan melawat Pintu Bisagra, Masjid Bab al Mardum dan kawasan bergambar di Mirador del Valle bergantung kepada masa. Solat Zuhur dilakukan di Toledo. Kemudian perjalanan diteruskan ke Madrid. Setibanya di Madrid, lawatan panorama sekitar bandar termasuk Sol, Plaza de España dan Istana Diraja (berhenti bergambar). Makan malam dibekalkan dan daftar masuk hotel. Bermalam di Madrid.

Makanan: Sarapan Pagi & Makan Malam

Sarapan di hotel dan daftar keluar. Hari ini peserta akan melawat Gran Via, Stadium Bernabeu (berhenti bergambar), Plaza Cibeles dan Las Ventas Bullring. Solat Zuhur dilakukan. Kemudian peserta dibawa ke Las Rozas Village untuk membeli-belah. Akhir sekali, peserta akan dihantar ke lapangan terbang empat jam sebelum waktu berlepas.

Makanan: Sarapan Pagi, Makan Dalam Kapal Terbang

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Penjelajahan tamat.

Aturcara perjalanan adalah tertakluk kepada perubahan atas faktor-faktor seperti keadaan cuaca, lalulintas dan lain-lain perkara diluar jangkaan.

Tarikh Penerbangan & Harga Pakej

18/09/2025 – 30/09/2025 [QR] RM10,390

27/09/2025 – 09/10/2025 [QR] RM10,390

08/10/2025 – 20/10/2025 [QR] RM10,390

19/10/2025 – 31/10/2025 [QR] RM10,390

05/11/2025 – 17/11/2025 [QR] RM10,390

17/11/2025 – 29/11/2025 [QR] RM10,390

03/12/2025 – 15/12/2025 [QR] RM10,390

20/12/2025 – 01/01/2026 [QR] RM9,990

29/12/2025 – 10/01/2026 [QR] RM9,990

27/01/2026 – 08/02/2026 [QR] RM10,390

03/02/2026 – 15/02/2026 [QR] RM10,390

Pakej Termasuk:

  • Penerbangan kelas ekonomi pergi-balik, cukai lapangan terbang, elaun bagasi dan makanan atas kapal terbang.
  • Penginapan hotel setaraf 3 bintang sepanjang perjalanan.
  • Pengangkutan jenis bas persiaran.
  • Pengiring pelancong berbahasa Inggeris.
  • Makan & minum seperti aturcara.
  • Tiket masuk tempat lawatan: Istana Bahia, Alhambra dan Masjid Cordoba.
  • Cukai hotel, bandar dan perkhidmatan.
  • 1x botol air minuman (0.5 L) setiap hari.
  • Tipping untuk pengiring pelancong dan pemandu.
  • Iringan tour leader untuk perjalanan lebih lancar.
  • Tiket feri satu hala: Tangier ke Tarifa.

Tidak Termasuk:

  • Perbelanjaan peribadi seperti mini bar, servis mencuci pakaian, bil telefon dan lain-lain.
  • Perkhidmatan porter hotel dan lapangan terbang.
  • Lawatan tambahan.
  • Insurans pengembaraan.
  • Lain-lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara.
  • WIFI di dalam bas persiaran.

Butiran Tambahan:

LAWATAN TAMBAHAN

  • Kereta berkuda Marrakech: 45euro (1-4 orang)
  • Kereta berkuda Seville: 90euro (1-4 orang)
  • Santiago Bernabeu Madrid: 35euro
  • Royal Palace Madrid: 26euro
  • Las Ventas Bullring: 30euro
  • Galleria Coleceiones Reales: 26euro

Tempahan / Pertanyaan
Pakej Jalajah 2025

Isikan maklumat di bawah dan kami akan menghubungi anda sebentar sahaja lagi.

Maklumat Tempahan/ Pertanyaan

Daftar Baucer Diskaun Dhuha Travel

Isikan maklumat di bawah untuk dapatkan baucer diskaun pakej-pakej Dhuha Travel sehingga RM300!

Maklumat Tempahan/ Pertanyaan

Tempahan / Pertanyaan

Isikan maklumat di bawah dan kami akan menghubungi anda sebentar sahaja lagi.

Maklumat Tempahan/ Pertanyaan

Tempahan / Pertanyaan

Isikan maklumat di bawah dan kami akan menghubungi anda sebentar sahaja lagi.

Maklumat Tempahan/ Pertanyaan