03-3359 7024 (Pejabat) / 019-345 2780 (Hotline)

HANOI & SAPA

5 Hari 4 Malam

Harga Bermula
RM 0

Kelebihan Pakej Jelajah

Nikmati perjalanan yang lebih mudah dan selesa dengan kemudahan penting yang telah kami sediakan sepanjang percutian anda.

Penerbangan Malaysia Airlines kelas Ekonomi

Hotel 3 bintang sepanjang perjalanan

Pengangkutan bas persiaran

Pengiring pelancong berbahasa Inggeris

Makan & minum mengikut aturcara

Tiket masuk tempat lawatan

Tip untuk pemandu & pengiring

Iringan tour leader disediakan

Puncak Gunung Fansipan

Perkampungan Ta Van

Perkampungan Cat Cat

Kompleks Ho Chi Minh

Jadual Perjalanan

Segalanya telah kami susun agar perjalanan anda lebih lancar, teratur dan selesa.

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk penerbangan ke Hanoi, Vietnam. Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hanoi, disambut oleh wakil pemandu pelancong tempatan. Seterusnya, peserta akan dibawa terus ke Sapa melalui lebuh raya baharu, dengan perjalanan selama kira-kira 6.5 jam ke Lao Cai. Setibanya di Sapa, berehat dan menikmati makan malam di restoran halal. Daftar masuk hotel dan bermalam di Sapa.

Makanan: Makan Malam

Sarapan pagi di restoran halal sebelum memulakan lawatan ke Gunung Fansipan. Naik tren ke stesen kaki gunung, diikuti dengan menaiki kereta kabel menuju ke puncak Fansipan – dikenali sebagai “Bumbung Indochina”. Nikmati pemandangan lembah mawar yang memukau. Kemudian, lawatan diteruskan ke Perkampungan Cat Cat, iaitu perkampungan tradisional suku H’mong yang kaya dengan budaya tempatan dan panorama sawah teres. Selepas berehat di hotel, peserta boleh meneroka Sun Plaza dan kawasan membeli-belah sekitar pekan Sapa.

Makanan: Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari & Makan Malam

Selepas sarapan, lawatan diteruskan ke perkampungan Ta Van – salah satu perkampungan etnik minoriti dengan landskap sawah padi yang menghijau dan bukit-bukit indah. Kemudian lawatan ke Tribal Museum, jambatan gantung dan melihat trek alpine coaster Ban Mong (alpine coaster tidak termasuk – RM40 seorang jika ingin mencuba). Seterusnya, peserta akan dibawa ke sempadan Vietnam-China untuk sesi bergambar. Perjalanan diteruskan kembali ke Hanoi dan daftar masuk hotel. Bermalam di Hanoi.

Makanan: Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari & Makan Malam

Selepas sarapan, hari ini dimulakan dengan lawatan bersejarah ke kompleks Ho Chi Minh yang merangkumi makam dan rumah kayu bertiang yang pernah didiami beliau. Lawatan diteruskan ke Temple of Literature – universiti pertama Vietnam yang dibina pada tahun 1070. Seterusnya, peserta akan dibawa ke penjara Hoa Lo – tapak bersejarah yang menyimpan kisah perjuangan rakyat Vietnam. Solat di Masjid Al-Noor Hanoi, kemudian nikmati masa membeli-belah di Pasar Dong Xuan. Jangan lepaskan peluang menjelajah Old Quarter yang terkenal, dan juga lokasi ikonik rel kereta api lama di tengah kota Hanoi. Kembali ke hotel dan bermalam di Hanoi.

Makanan: Sarapan Pagi, Makan Tengah Hari & Makan Malam

Selepas sarapan, peserta akan daftar keluar dari hotel. Aktiviti bebas sebelum bergerak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke tanah air dengan kenangan manis dari bumi Vietnam.

Makanan: Sarapan Pagi

Aturcara perjalanan adalah tertakluk kepada perubahan atas faktor-faktor seperti keadaan cuaca, lalulintas dan lain-lain perkara diluar jangkaan.

TARIKH PENERBANGAN & HARGA PAKEJ

29 OGOS 2025 – 02 SEPTEMBER 2025 (MH) 

RM3,190

19 SEPTEMBER 2025 – 23 SEPTEMBER 2025 (MH)

RM2,890

20 SEPTEMBER 2025 – 24 SEPTEMBER 2025 (MH)

RM2,690

18 OKTOBER 2025 – 22 OKTOBER 2025 (MH)

RM3,190

19 OKTOBER 2025 – 23 OKTOBER 2025 (MH)

RM3,190

20 OKTOBER 2025 – 24 OKTOBER 2025 (MH)

RM2,890

Harga Pakej Ini Tidak Termasuk

Perbelanjaan
Peribadi

Porter Hotel &
Lapangan Terbang

Lawatan
Tambahan

Insurans
Pengembaraan

Perkara di
Luar Aturcara

WiFi Dalam
Bas Persiaran

Butiran Tambahan

Bayaran deposit adalah sebanyak RM500 seorang

Bayaran akhir perlu dijelaskan selewat-lewatnya 45 hari sebelum tarikh berlepas

Google Review

Pandangan mereka terhadap Dhuha Travel

Kami Tawarkan Anda Baucer Diskaun Sehingga RM300!

Hanya isikan maklumat anda di dalam borang di bawah dan dapatkan baucer diskaun ini untuk digunakan ketika anda mendaftar mana-mana pakej umrah dan jelajah kami. Baucer sah sehingga 31 Disember 2025.

Daftar Baucer Diskaun Dhuha Travel

Isikan maklumat di bawah untuk dapatkan baucer diskaun pakej-pakej Dhuha Travel sehingga RM300!

Maklumat Tempahan/ Pertanyaan

Tempahan / Pertanyaan
Pakej Jalajah 2025

Isikan maklumat di bawah dan kami akan menghubungi anda sebentar sahaja lagi.

Maklumat Tempahan/ Pertanyaan

Tempahan / Pertanyaan

Isikan maklumat di bawah dan kami akan menghubungi anda sebentar sahaja lagi.

Maklumat Tempahan/ Pertanyaan

Tempahan / Pertanyaan

Isikan maklumat di bawah dan kami akan menghubungi anda sebentar sahaja lagi.

Maklumat Tempahan/ Pertanyaan