Harga bermula
HARI 1: KLIA – KETIBAAN – TASHKENT – BUKHARA (MDK, MM)
Semua peserta perlu berkumpul di KLIA 4 jam sebelum penerbangan berlepas untuk urusan check-in. Setiba di Tashkent pada 16:00 menaiki penerbangan Uzbekistan Airways HY553, anda akan dijemput oleh tour guide di Lapangan Terbang Antarabangsa Tashkent. Perjalanan dimulakan dengan lawatan bandar di Tashkent menggunakan bas, diikuti dengan makan malam di restoran tempatan. Kemudian, anda akan dibawa ke Bukhara dengan menaiki Keretapi Laju Afrosiyob. Setiba di Stesyen Keretapi Bukhara, anda akan dibawa ke hotel untuk berehat dan bermalam.
HARI 2: BUKHARA (SP/MT/MM)
Mulakan hari anda dengan sarapan pagi di hotel sebelum memulakan aktiviti dengan lawatan bandar. Mukanan dengan lawatan ke Kompleks Bakhouddin Nakhshabandi dan Kompleks Said Mir Kulol. Kemudian, nikmati makan tengah hari dan sambung semula penjelajahan di Kota Lama Bukhara. Temui mercu tanda bersejarah, termasuk Masjid Bolo Hovuz, Menara Bukhara, Ark Citadel dan Kompleks Poi Kalyan di mana terdapatkannya Menara Kalyan dan Madrasah Mir Arab. Bersiar-siar di sekitar The Trading Domes dan melawat Kompleks Labi Hovuz, Masjid Magokki Attor dan Muzium Puppet Theather. Akhiri hari anda dengan makan malam di Bukhara dan bermalam.
HARI 3: BUKHARA – SAMARKHAN (SP/MT/MM)
Mulakan hari dengan sarapan pagi di hotel sebelum memulakan aktiviti. Melawat Makam Kepimpinan Empayar Samanid, terkenal dengan bangunan berbatu-bata purba dan merupakan karya agung dalam dalam senibina dunia. Kemudian, terokai Makam Chashma Ayub, tapak yang dihormati dikaitkan dengan jejak yang ditinggalkan oleh orang suci. Selepas makan tengah hari, meneruskan perjalanan dengan melawat Khoja Khafs Kabir (Khojat Baror) dan Sitorai Mokhi Khosa, yang merupakan sebuah istana akhir kurun ke-19. Kemudian, dari Bukhara kita akan menuju ke Samarkand dengan menaiki bas. Setiba di Samarkand, nikmati makan malam di restoran dan check-in hotel untuk bermalam.
HARI 4: SAMARKAND (SP/MT/MM)
Mulakan hari dengan sarapan pagi di hotel sebelum memulakan perjalanan lawatan bandar. Mulakan dengan melawat Makam Imam Al-Bukhari (ditutup sementara untuk baik pulih, hanya lawatan di bahagian luar sahaja). Selepas makan tengah hari, meneruskan lawatan ke tempat-tempat bersejarah Samarkand, termasuk Balai Cerap Ulugbek dan Kompleks Seni Bina Shahi Zinda, sebuah nekropolis menakjubkan di tebing Bukit Afrasiab yang mempunyai kaitan dengan Kusam Ibn Abbas, sepupu Nabi Muhammad SAW. Melawat Masjid Hazrati Hizr sebelum menikmati aktiviti membeli belah di Bazar Siaab. Akhiri hari dengan makan malam di restoran sebelum pulang ke hotel untuk bermalam.
HARI 5: SAMARKAND – TASHKENT (SP/MT/MM)
Mulakan pagi dengan lawatan bandar di Samarkand di mana anda akan melawat Kompleks Guri Amir dan makam Amir Timur, diikuti dengan Registan Square yang ikonik serta Masjid Bibihanum. Selepas makan tengah hari, sambung semula penjelajahan dengan melawat Makam Imam Moturudi dan Kilang Kertas Lama Samarkand di Perkampungan Pelancongan Konigil. Nikmati makan malam di restoran sebelum bertolak ke Tashkent menaiki Keretapi Laju Afrasiab. Setiba di Tashkent, check-in hotel untuk bermalam.
HARI 6: TASHKENT – AMIRSOY – TASHKENT (SP/MT/MM)
Mulakan hari dengan sarapan pagi di hotel sebelum menuju dari Bandar Tashkent ke Gunung Chimyon, Charvak Reservoir atau Amirsoy Mountain Resort. Nikmati pelbagai aktiviti pergunungan sebelum pulang semula ke Tashkent. Kereta kabel adalah termasuk. Makan tengah hari dan melawat Dataran dan Patung Amir Temur. Sambung aktiviti bersiar-siar di Independence Square dan Tamerlane Square di Tashkent. Sudahi hari anda dengan makan malam di restoran sebelum pulang ke hotel untuk bermalam.
HARI 7: TASHKENT – LAPANGAN TERBANG (SP/MT/MDK)
Mulakan hari dengan sarapan pagi di hotel sebelum memulakan aktiviti dengan bersiar-siar di Bandar Tashkent, ibu kota Uzbekistan dan merupakan bandar terbesar di Asia Tengah. Melawat Kompleks Khast-Imam, rumah kepada Al-Quran Osman yang terkenal di dunia, kitab suci kurun ke-7 yang pernah dimiliki oleh Khalifah Osman. Nikmati makan tengah hari di Besh Qozon dan ambil gambar-gambar kenangan di Tashkent Metro Station. Sambung semula dengan melawat Magic City sebelum di bawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Tashkent untuk penerbangan pulang.
HARI 8: KLIA, MALAYSIA
Dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 9.35 pagi.
Nota:
SP: Sarapan pagi, MT: Makan tengahari, MM : Makan Malam, MDK : Makan Dalam Kapal Terbang
Penerbangan: Uzbekistan Airways
Butiran Penerbangan:
HY554 KULTAS 1100 1600
HY553 TASKUL 2305 0935+1
*Waktu & jenis penerbangan tertakluk kepada perubahan semasa
Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm), Sabtu (9.00am-12.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.
4-2 (First Floor), Jalan Selasih K U12/K, Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, 40170 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Dhuha Travel Sdn Bhd (814618-H)
Hakcipta Terpelihara ©2024 | Syazwan Mohd