Harga bermula
HARI 1: BERANGKAT DARI KUALA LUMPUR – ISTANBUL – BOLU (MDK/MM)
Berkumpul di Lapangan Terbang KLIA. Semua peserta akan diberi taklimat berkenaan perjalanan ke Turki oleh wakil ketua rombongan syarikat kami. Daftar masuk penerbangan dan berlepas dari KLIA untuk penerbangan ke Turkiye. Transit di DUBAI/DOHA dan meneruskan penerbangan ke Istanbul. Setibanya di lapangan terbang Istanbul, peserta akan menikmati makan malam sebelum meneruskan perjalanan ke Bolu untuk check-in hotel.
HARI 2: BOLU – ANKARA – TUZ GOLU – CAPPADOCIA (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, check out dan meneruskan perjalanan ke Ankara untuk lawatan ke Anitkabir, makam Mustafa Kemal Ataturk. Kemudian, meneruskan perjalanan ke tasik garam Tuz Golu dan makan tengah hari di sini. Setelah itu, perjalanan diteruskan ke Cappadocia. Makan malam di Cappadocia dan check-in hotel.
HARI 3: CAPPADOCIA (SP/MT/MM)
Sarapan pagi, peserta akan memulakan lawatan penuh di Cappadocia.
Makan malam dan bermalam di Cappadocia.
Optional: Hot Air balloon, ATV tours, Horseback riding atau Jeep Safari.
HARI 4: CAPPADOCIA – KONYA – PAMUKKALE (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi dan check-out hotel, perjalanan ke Pamukkale pun bermula. Di dalam perjalanan, singgah sebentar di Sultanhani Caravanserai, sebuah tempat bersejarah yang menjadi persinggahan para pedagang zaman dahulu. Kemudian, lawatan diteruskan pula ke Muzium Mevlana di Konya yang merupakan tempat terkenal dengan kehidupan salah seorang penyair sufi terkenal iaitu Rumi. Selesai lawatan, sambung semula perjalanan ke Pamukkale. Setibanya di Pamukkale, makan malam dan check-in hotel.
HARI 5: PAMUKKALE – BURSA (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi dan check-out, kita akan melawat Cotton Castle, terkenal dengan teres mineral berwarna putih yang terbentuk secara semula jadi dari mata air yang kaya mineral. Disini juga anda akan melawat Kota Purba Hierapolis, sebuah kota spa yang masih kekal terjaga. Kemudian, anda akan dibawa membeli belah di gedung pakaian kain kapas dan kedai Turkish Delight. Selepas selesai aktiviti dan lawatan, perjalanan diteruskan ke Bursa dan makan malam serta check-in hotel di sana.
Optional: Hot Air balloon, Paragliding.
HARI 6: BURSA – ISTANBUL (SP/MT/MM)
Aktiviti bermula dengan melawat Masjid Besar Bursa, Ulu Camii yang terkenal dengan rekabentuk 20 kubah dan tulisan-tulisan kaligrafi di dalamnya. Disini juga terdapat Koza Han iaitu sebuah caravanserai yang telah ditukarkan kepada gedung produk-produk sutera. Selesai lawatan di Bursa, perjalanan diteruskan ke Istanbul. Setibanya di Istanbul, anda akan dibawa melawat Masjid Camlica, salah satu masjid terbesar di Turkiye, menawarkan pemandangan kota Istanbul dari posisi yang sedikit tinggi. Selepas itu, anda akan dibawa melawat persembahan fesyen pakaian kulit. Kemudian, nikmati pelayaran Bosphorus sambil melihat keindahan Kota Istanbul dari kesibukan selat Bosphorus. Akhir sekali, membeli belah di Spice Bazaar yang terkenal dengan produk-produk rempah, teh dan manisan.
HARI 7: ISTANBUL (SP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi, anda akan dibawa ke Emirgan Park untuk melihat festival taman tulip (musim bunga sahaja), yang merupakan acara tahunan mempamerkan bunga tulip. Kemudian, anda akan dibawa ke kawasan sekitar Sultan Ahmed termasuk lawatan ke Blue Mosque dan Hagia Sophia (masuk percuma pada waktu solat atau €30 seorang pada waktu yang lain), Hippodrome, serta Laman Pertama Istana Topkapi yang menjadi kediaman kesultanan Uthmaniyah. Selepas itu, anda akan dibawa ke Taksim Square untuk aktiviti bebas seperti membeli-belah dan mencuba makanan di sana.
HARI 8: ISTANBUL (SP/MT)
Selepas sarapan pagi dan check-out hotel, aktiviti dimulakan dengan lawatan ke Pierre Loti Hill, di mana anda boleh melihat pemandangan the Golden Horn dari atas dengan pilihan menaiki kereta kabel disediakan. Selepas itu, anda akan dibawa ke Masjid Eyup Sultan yang dikaitkan dengan sahabat Nabi SAW iaitu Abu Ayyub Al-Ansari yang dikatakan meninggal dunia di sini. Kemudian, lawatan ke Grand Bazaar yang merupakan salah satu pasar tertua dan terbesar di dunia. Selesai membeli belah di sini, kita akan menuju ke lapangan terbang Istanbul untuk perjalanan pulang.
HARI 9: KUALA LUMPUR (MDK)
Tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur.
Jadual tertakluk kepada perubahan semasa
SP: Sarapan pagi, MT: Makan tengahari, MM : Makan Malam, MDK : Makan Dalam Kapal Terbang
Penerbangan: Emirates / Qatar Airways
Butiran Penerbangan (Qatar Airways):
QR4992 KULDOH 0255-0515
QR239 DOHIST 0730-1145
QR246 ISTDOH 2005-0015*
QR852 DOHKUL 0250-1525
Butiran Penerbangan (Emirates):
EK345 KULDXB 1015-1310
EK121 DXBIST 1420-1755
EK118 ISTDXB 2320-0450
EK342 DXBKUL 1025-2150
*Waktu & jenis penerbangan tertakluk kepada perubahan semasa
Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm), Sabtu (9.00am-12.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.
4-2 (First Floor), Jalan Selasih K U12/K, Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, 40170 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Dhuha Travel Sdn Bhd (814618-H)
Hakcipta Terpelihara ©2024 | Syazwan Mohd