Dhuha Travel Sdn Bhd
Pakej Jelajah Timur Tengah

Pakej Jelajah Timur Tengah – Turkiye 7 Daerah 9H7M

Aturcara Perjalanan

Pakej 9 hari 7 malam ini akan membawa anda menjelajah ke 7 wilayah popular di Turkiye. Bermula dari Istanbul, anda akan dibawa ke melawat monumen penting Istanbul yang penuh sejarah iaitu The Blue Mosque, Hippodrome, Masjid Hagia Sophia dan Istana Topkapi. Dalam perjalanan ke Cappadocia, singgah sebentar di pusat pentadbiran dan ibu kota Turkiye iaitu Ankara. Tiba di Cappadocia, anda berpeluang menikmati keindahan alam semulajadinya yang sangat menakjubkan. Jangan lepaskan peluang untuk rasai pengalaman menaiki belon udara panas di sini. Seterunya, dalam perjalanan ke Pamukkale, singgah sebentar di Konya untuk melawat Muzium Mevlana di Konya yang menjadi pusat perkembangan Islam dan terkenal dengan ketokohan sufi Maulana Jalaluddin Rumi. Di Pamukkale, sekali lagi anda disajikan dengan ketakjuban alam semula jadi Pamukkale serta kota purba Hierapolis zaman Roman Bizantine. Menuju pula ke Bursa dan singgah sebentar di kota purba Ephesus. Di Bursa, anda akan melawat ibu kota pertama kerajaan awal Uthmaniah di mana Masjid Besar Bursa sebagai mercu tandanya. Habiskan perjalanan di Istanbul semula untuk membeli belah sebelum pulang ke tanah air.

HARI 1: BERANGKAT DARI KUALA LUMPUR – ISTANBUL - BOLU (MDK/MM)

Berkumpul di airport KLIA. Semua peserta akan diberi taklimat berkenaan perjalanan ke Turkiye oleh wakil ketua rombongan syarikat kami. Daftar masuk penerbangan dan berlepas dari KLIA untuk penerbangan ke Turki. Transit di Sharjah/Dubai dan meneruskan penerbangan ke Istanbul. Ketibaan di lapangan terbang Istanbul. Peserta akan disambut oleh pemandu pelancong tempatan dan seterusnya akan dibawa menaiki bas untuk memulakan lawatan di Istanbul. Peserta akan melawat ke Blue mosque, Hippodrome, Topkapi Palace Photo Stop, Hagia sofia photo stop. Seterus nya peserta akan di bawa ke hotel. Makan malam dan bermalam di Bolu.

HARI 2: BOLU - CAPPADOCIA (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel, peserta akan meneruskan perjalanan ke Cappadocia melalui Ankara. Peserta akan di bawa melawat ke Salt Lake dan Mausoleum Ataturk. Peserta akan meneruskan perjalanan ke Cappadocia. Makan malam dan bermalam di Cappadocia.

HARI 3: CAPPADOCIA (SP/MT/MM)

Sarapan pagi, Peserta akan memulakan lawatan penuh di Cappadocia. Melawat Underground City, Goreme Photo Stop, Pigeons Valleys, Esentepe Hill, Camel Rock, Bird Valley, Salkim Tepesi dan Uchisar village. Seterusnya peserta akan dibawa dan membeli belah di Kilang tradisi pembuatan Carpet, Pottery di Avanos Village dan Jewelery shops. Makan malam dan bermalam di Cappadocia.

Optional: Hot Air balloon.

HARI 4: CAPPADOCIA – KONYA - PAMUKKALE (SP/MT/MM)

Sarapan pagi, Peserta akan meneruskan perjalanan ke Pamukkale melalui Konya. Peserta akan dibawa melawat Muzium Mevlana. Ia merupakan kota milik tokoh sufi terkenal iaitu Maulana Jalaluddin Rumi. Di dalamnyalah terletak makam Maulana Jalaluddin Rumi dan kitab-kitab beliau. Seterusnya, peserta akan singgah ke Caravanserai. Tibanya di Pamukkale peserta akan di bawa ke Textile. Makan malam dan bermalam di Pamukkale.

HARI 5: PAMUKKALE – BURSA(SP/MT/MM)

Sarapan pagi, peserta akan melawat dan menerokai Antique city of Hierapolis dan cotton castle. Peserta akan dibawa ke Leather Factory Showroom dan membeli pakaian kulit yang berkualiti. Setelah makan tengah hari, peserta akan meneruskan perjalanan ke Ephesus Ancent City. Setelah selesai peserta akan meneruskan perjalanan ke Bursa. Makan malam dan bermalam di Bursa.

HARI 6: BURSA - ISTANBUL (SP/MT/MM)

Sarapan pagi, peserta akan dibawa melawat Grand Mosque. Seterusnya, peserta akan melawat Green Mosque & Tomb. Setelah selesai, peserta akan dibawa membeli belah di Silk Bazaar. Seterusnya peserta akan menuju ke Istanbul. Tibanya di Istanbul peserta akan di bawa ke Grand Bazaar. Makan malam dan bermalam di Istanbul.

HARI 7: ISTANBUL (SP/MT/MM)

Sarapan pagi. Peserta akan meneruskan lawatan di Istanbul. Peserta akan menaiki feri Bosphorus Cruise untuk mengharungi Marmara Sea. Setelah makan tengah hari, peserta akan dibawa ke Taksim Square dan Spice Bazaar. Makan malam dan bermalam di Istanbul.

HARI 8: ISTANBUL (SP)

Sarapan pagi. Seterusnya peserta akan di bawa ke lapangan terbang untuk penerbangan balik. Transit Sharjah/Dubai dan meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.

HARI 9: - KUALA LUMPUR (MDK)

Tiba di Kuala Lumpur International Airport.

Peta Perjalanan Pakej Turkiye 7 Daerah
Blue Mosque & Hagia Sofia
Makam Ataturk
Cappadocia
Muzium Mevlana
Pamukkale
Kota Purba Ephesus
Masjid Besar Bursa
Taksim Square

Maklumat Pakej

Pakej Termasuk
  • Tiket Penerbangan kelas ekonomi lengkap muatan 30kg

  • Penginapan Hotel 4-5 bintang lengkap sarapan pagi

  • Tiket Lawatan seperti yang tertera dalam jadual Makanan halal/mesra muslim seperti dinyatakan jadual

  • Pengangkutan bas/Van persiaran berhawa dingin yang selesa

  • Perkhidmatan ketua rombongan professional

  • Pemandu pelancong berpengalaman berbahasa English sepanjang perjalanan.

  • Tips Pemandu Pelancong

  • Makanan halal atau mesra Muslim seperti dalam jadual perjalanan.

  • Tiket ferryboat di Istanbul, Bosphorus Cruise

Pakej Tidak Termasuk
  • Insurans Perjalanan & Covid-19

  • Dokumen visa untuk bukan warganegara malaysia

  • Perkhidmatan lain yang tidak disebutkan di atas.

  • Pilihan lawatan selain yang dinyatakan

  • Pembelanjaan peribadi, seperti minuman, souvenirs, telephone calls, porter, laundry, etc.

  • Lawatan pilihan:

    • Shuttle van di Pamukkale ke Cotton Castle

    • Tiket Hot air balloon 280 USD

    • Jeep safari 120 USD

    • Topkapi Palace Museum 60 USD

    • “Atv Ride” di Cappadocia 70 USD

    • Hagia Sofia 50 USD

Penginapan
  • Bursa 4*- Tiara Thermal Hotel atau setaraf
  • Pamukkale 4* – Larina Thermal Resort & Spa atau setaraf
  • Cappadocia 4*- Ramada Cappadocia Hotel atau setaraf
  • Bolu 4*- Hampton by Hilton Bolu atau setaraf
  • Istanbul 4* – Golden Way Hotel atau setaraf
Nota Pakej

Itinerari ini adalah untuk tujuan informasi sahaja. Penyusunan jadual aturcara ini adalah tertakluk kepada perubahan disebabkan oleh faktor cuaca, terperangkap di dalam trafik jalan raya atau apa jua keadaan yang diluar jangkaan.

(SP/B: Sarapan Pagi, MT/L: Makan Tengah Hari, MM/D: Makan malam, MAP/MOB: Makanan Atas Pesawat)

Lawatan Pilihan (Tambahan)
  • Shuttle van di Pamukkale ke Cotton Castle

  • Tiket Hot air balloon 280 USD

  • Jeep safari 120 USD

  • Topkapi Palace Museum 60 USD

  • “Atv Ride” di Cappadocia 70 USD

  • Hagia Sofia 50 USD

  •  
Jadual Penerbangan
Air Arabia

G9808 KULSHJ 0315-0625
G9322 SHJIST 0940-1320
G9321 ISTSHJ 1410-1930
G9800 SHJKUL 2140-0905+1

  EMIRATES

EK 343 18OCT KULDXB 0240 0530
EK 123 18OCT DXBIST 1045 1425
EK 122 25OCT ISTDXB 1925 0055
EK 346 26OCT DXBKUL 0310 1425

Tarikh Penerbangan

Berminat dengan destinasi lain?

Berhubung terus dengan team kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

Hj. Kamarul

Pengarah

Syazwan

Pengurus

Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm), Sabtu (9.00am-12.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.

Sila nyatakan destinasi, tarikh pilihan dan bilangan peserta dewasa, kanak-kanak serta bayi anda.