Dhuha Travel Sdn Bhd
Pakej Jelajah Dhuha Travel - Kuching Sarawak

Pakej Jelajah Malaysia – Kuching, Sarawak 3H2M

Selamat datang ke Kuching, ibu kota Sarawak yang menawan! Pakej pelancongan 3 hari kami ini membawa anda untuk menyelami kekayaan budaya dan keindahan alam semula jadi bandar yang meriah ini. Terletak di sepanjang tebing Sungai Sarawak, Kuching menawarkan gabungan sempurna antara keselesaan moden dan keajaiban tradisional. Terokai pasar jalanan yang meriah, nikmati masakan asli Sarawak, dan temui khazanah sejarah bandar ini. Bermula daripada Patung Kucing yang ikonik sehingga ke Perkampungan Budaya Sarawak, setiap hari membuka pengembaraan baharu. Sertai kami untuk perjalanan yang menyeronokkan ini, di mana layanan mesra bertemu pengalaman yang menawan, mencipta kenangan berkekalan seumur hidup.

Aturcara Perjalanan

HARI 1: TIBA DI KUCHING – JONG’S CROCODILE FARM – SARAWAK POTTERY FACTORY

Tiba di Kuching Airport, disambut oleh pemandu pelancong dan meneruskan lawatan separuh hari ke Jong’s Crocodile Farm & The Zoo yang merupakan antara ladang pembiakan terbesar di Malaysia. Makan tengah hari di restoran tempatan dan peserta akan berhenti di Top Deco, dimana ia merupakan kilang pembuatan tembikar dan cenderamata yang terkenal di Sarawak. Seterusnya, daftar masuk hotel untuk bermalam. Aktiviti bebas.

HARI 2: SEMENGGOH WILDLIFE – ANNAH RAIS BIDAYUH LONGHOUSE – SARAWAK RIVER CRUISE (SP)

Sarapan pagi di hotel, peserta akan teruskan lawatan ke Semenggoh WildLife Centre, yang dikenali sebagai tempat Pusat Pemuliharaan Orang Utan dimana peserta berpeluang melihat orang utan datang menjamu sarapan pagi di dua stesen yang disediakan untuk pelawat. Seterusnya, lawatan akan diteruskan ke Annah Rais Bidayuh Longhouse dan Sarawak Kek Lapis. Annah Rais Bidayuh Longhouse dikenali sebagai tempat kedua terbesar dalam kumpulan etnik di Sarawak. Ia jugak dikenali sebagai “Engineer of Bamboo”. Selepas itu, teruskan perjalanan ke Sarawak River Cruise untuk melihat bandar Kuching dan menyaksikan matahari terbenam yang indah. Dalam perjalanan ini juga, peserta akan dihiburkan dengan tarian tradisional oleh penari tempatan. Makan malam di restoran tempatan berdekatan. Aktiviti bebas.

HARI 3: MEMBELI BELAH – AIRPORT TRANSFER (SP)

Sarapan pagi, daftar keluar hotel dan meneruskan lawatan ke bandar untuk membeli belah di Indian Street, Main Bazaar, dan Kubah Ria. Seterusnya, peserta akan dibawa terus ke lapangan terbang untuk berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

Peta Perjalanan Kuching 3H2M
Bandar Kuching
Semenggoh Wildlife Centre
Sungai Sarawak
Annah Rais Bidayuh Longhouse
Kuching 3H2M - 1
Kuching 3H2M - 2
Kuching 3H2M - 3
Kuching 3H2M - 4

Maklumat Pakej

Pakej Termasuk
  • Tiket penerbangan kelas ekonomi berserta 20kg bagasi.
  • Penginapan hotel bertaraf 3 bintang berserta sarapan pagi.
  • Tiket lawatan seperti yang tertera dalam jadual.
  • Pengangkutan bas/van persiaran berhawa dingin.
  • Pemandu pelancong (driver cum guide) berbahasa melayu/inggeris.
  • Upah (tippng) pemandu pelancong.
  • Tiket masuk Semenggoh WildlLife Centre, Annah Rais Bidayuh Longhouse, Sarawak River Cruise, dan Jong Crocodile Farm.
Pakej Tidak Termasuk
  • Travel & Covid 19 Insurans
  • Pengangkutan, kos pemandu pelancong,pada hari ke 3.
  • Tour leader – Ketua rombongan (digantikan dengan wakil di Sarawak).
  • Kos Makan tengahari dan malam kecuali dinyatakan (anggaran RM10-RM15 sekali makan)
  • Kos Caj Extra Untuk Rakyat Bukan Malaysia.
Nota Pakej

Itinerari ini adalah untuk tujuan informasi sahaja. Penyusunan jadual aturcara ini adalah tertakluk kepada perubahan disebabkan oleh faktor cuaca, terperangkap di dalam trafik jalan raya atau apa jua keadaan yang diluar jangkaan.

(SP: Sarapan Pagi, MT: Makan Tengah Hari, MM: Makan malam, MAP: Makanan Atas Pesawat)

Penginapan

Hotel Kuching 3*: Grand Continental, Meritin Hotel, 56 Hotel atau setaraf

Tarikh Penerbangan

Berminat dengan destinasi lain?

Berhubung terus dengan team kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

Hj. Kamarul

Pengarah

Syazwan

Pengurus

Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm), Sabtu (9.00am-12.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.

Sila nyatakan destinasi, tarikh pilihan dan bilangan peserta dewasa, kanak-kanak serta bayi anda.