Dhuha Travel Sdn Bhd
Pakej Jelajah Dhuha Travel - Mabul Semporna

Pakej Jelajah Malaysia – Mabul Semporna, Sabah 4H3M

Mulakan percutian 4 hari yang memukau ke Semporna, Sabah, dan Pulau Mabul yang menakjubkan dengan pakej pelancongan eksklusif kami. Syurga tropika di Malaysia ini menjanjikan gabungan sempurna keindahan semula jadi dan keajaiban bawah air. Terokai Pulau Mabul, yang terkenal dengan perairannya yang jernih serta ekosistem marin yang pelbagai. Menyelam di tengah-tengah taman karang yang berwarna-warni, temui hidupan laut yang mempesonakan, dan nikmati keindahan indah syurga tropika ini. Pastinya ini mampu memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang berada di Semporna dan Pulau Mabul, di mana setiap saat adalah kenangan yang layak untuk poskad!

Aturcara Perjalanan

HARI 1: KUALA LUMPUR- TAWAU- SEMPORNA

Ketibaan di Lapangan Terbang Tawau. Anda akan dijemput oleh wakil syarikat. Makan tengahari. Seterusnya bergerak ke pekan Semporna dengan menaiki van. Daftar masuk di penginapan di Semporna. Makan malam dan aktiviti bebas disekitar penginapan.

HARI 2: SEMPORNA- PULAU MABUL (SP,MT)

Sarapan pagi di sekitar Kawasan hotel. Bergerak ke Jeti untuk ke Pulau Mabul. Dengan menaiki bot selama 30 minit, aktiviti dimulakan dengan bersiar-siar di Pulau Mabul. Anda boleh merakamkan kenangan di Mabul Water Bungalow (Optional Tour RM30/pax) ataupun melakukan aktiviti snorkeling. Pengembaraan pulau diteruskan dengan aktiviti bebas (snorkeling & bersiar-siar) di Pulau Kapalai sebelum pulang ke penginapan Semporna. Makan malam dan berehat.

HARI 3: SEMPORNA (ISLAND HOPING: MATAKING,TIMBA-TIMBA,POM-POM) (SP,MT,MM)

Sarapan pagi di sekitar kawasan hotel. Bertolak ke jeti pelancongan untuk pengembaraan pulau-pulau yang indah di Semporna. Anda akan bertolak ke Pulau Mataking. Makan tengahari. Seterusnya ke Pulau Timba-Timba dan diakhiri dengan lawatan ke Pulau Pom-Pom. Bergerak ke penginapan water chalet dan check in. Makan malam dan aktiviti bebas.

HARI 4: SEMPORNA- TAWAU – KUALA LUMPUR (SP)

Sarapan pagi di penginapan. Aktiviti bebas berehat menikmati pemandangan ataupun mandi laut. Daftar keluar penginapan dan anda akan dibawa ke pekan Semporna untuk makan tengahari sebelum bertolak semula ke Lapangan Terbang Tawau untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Peta Mabul Semporna 4H3M
Bandar Semporna
Pulau Mabul
Pulau Mataking
Pulau Kapalai
Mabul Semporna 4H3M - 1
Mabul Semporna 4H3M - 2
Mabul Semporna 4H3M - 3
Mabul Semporna 4H3M - 4

Maklumat Pakej

Pakej Termasuk
  • Tiket Penerbangan kelas ekonomi lengkap muatan 20kg
  • Penginapan Hotel 3 bintang
  • Sarapan pagi
  • Penginapan atas Air lokal 1 malam (lengkap makan)
  • Tiket Lawatan seperti yang tertera dalam jadual
  • Pengangkutan bas/Van persiaran berhawa dingin yang selesa
  • Pemandu pelancongan (driver cum guide) berbahasa melayu
  • Tips Pemandu Pelancong
  • Aktiviti island hoping seperti didalam jadual.
Pakej Tidak Termasuk
  • Travel & Covid-19 Insurans
  • Kos Makan tengahari dan malam (anggaran RM10-RM15 sekali makan) kecuali dinyatakan dalam jadual.
  • Perkhidmatan ketua rombongan (digantikan dengan wakil di Semporna)
  • Kos Caj Extra Untuk Rakyat Bukan Malaysia.
  • Tiket Lawatan yang tidak dinyatakan
  • Water Bungalow : RM30/pax
Nota Pakej

Itinerari ini adalah untuk tujuan informasi sahaja. Penyusunan jadual aturcara ini adalah tertakluk kepada perubahan disebabkan oleh faktor cuaca, terperangkap di dalam trafik jalan raya atau apa jua keadaan yang diluar jangkaan.

(SP: Sarapan Pagi, MT: Makan Tengah Hari, MM: Makan malam, MAP: Makanan Atas Pesawat)

Penginapan

Hotel Semporna: Grace Hotel, Sipadan Inn 3, SeaView Hotel, Seafest Hotel atau setaraf.

Hotel Water Chalet: Amina Resort (priority), Uncle Chang Resort, Grand Dive Resort atau setaraf.

Tarikh Penerbangan

Berminat dengan destinasi lain?

Berhubung terus dengan team kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

Hj. Kamarul

Pengarah

Syazwan

Pengurus

Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm), Sabtu (9.00am-12.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.

Sila nyatakan destinasi, tarikh pilihan dan bilangan peserta dewasa, kanak-kanak serta bayi anda.