Dhuha Travel Sdn Bhd
Pakej Jelajah Dhuha Travel - Kota Kinabalu & Kundasang

Pakej Jelajah Malaysia – Kota Kinabalu & Kundasang, Sabah 4H3M

Mulakan pengembaraan 4 hari yang menawan melalui landskap indah Kota Kinabalu dan Kundasang, Sabah. Pakej pelancongan kami menjemput anda untuk menemui keajaiban alam semula jadi dan keseronokan budaya di wilayah yang mempesonakan ini. Daripada kesibukan bandar di Kota Kinabalu kepada keindahan penuh ketenangan bukit-bukit Kundasang yang subur serta Gunung Kinabalu yang megah, setiap hari menjanjikan pengalaman yang unik. Selami kepelbagaian budaya Sabah yang kaya, nikmati hidangan tempatan, dan terokai tarikan seperti Poring Hotspring dan Desa Cattle Farm yang menakjubkan. Sertai kami untuk perjalanan yang tidak dapat dilupakan, di mana semangat Kota Kinabalu yang membara bertemu dengan pesona Kundasang yang tenang, mencipta kenangan berkekalan..

Aturcara Perjalanan

HARI 1: KUALA LUMPUR- KOTA KINABALU-KUNDASANG

Ketibaan di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Anda akan dijemput oleh wakil kami dan bergerak ke Menara Yayasan Sabah (juga dikenali Menara Tun Mustapha). Kemudian melawat Masjid Terapung yang terkenal kerana kelihatan seolah terapung dipermukaan air. Singgah di Jambatan Tamparuli yang merupakan simbolik pekan Tamparuli. Selepas itu, bertolak terus ke Kundasang (2 jam). Singgah sebentar di Pekan Nabalu sebelum dibawa ke Pekan Kundasang dan check in di penginapan.

HARI 2: KUNDASANG-KOTA KINABALU (SP)

Sarapan pagi. Anda akan dibawa melawat Desa Cattle Farm yang dipanggil New Zealand Sabah kerana pemandangannya. Seterusnya, melawat ke Sabah Tea Garden dan Luanti Fish Spa untuk pengalaman Spa ikan di sungai nyaman. Anda juga akan melawat Poring Hot Spring /Kinabalu National Park – Canopy Walk(optional) di hutan Kinabalu sebelum bertolak ke Kota Kinabalu. Setelah tiba di Kota Kinabalu, anda akan dibawa makan malam Seafood di Restoran Waterfront (optional). Check in di penginapan.

HARI 3: KOTA KINABALU (SP)

arapan pagi dan aktiviti bebas. Anda juga boleh pilih untuk optional tour untuk perjalanan seharian anda.

HARI 4: KOTA KINABALU- KUALA LUMPUR (SP)

Sarapan pagi. Checkout penginapan dan anda akan dibawa ke Pasar Filipin serta Jamilah Jewellery untuk pembelian cenderamata. Singgah di KK Chocolate House dan D’Ita Kek Lapis(optional) sebelum bertolak ke Lapangan terbang kota kinabalu.

Peta Kota Kinabalu & Kundasang 4H3M
Jambatan Gantung Tamparuli
Masjid Terapung
Desa Kettle Farm
Luanti Fish Spa
KK Kundansang - 1
KK Kundansang - 2
KK Kundasang - 3
KK Kundasang - 4

Maklumat Pakej

Pakej Termasuk
  • Tiket penerbangan kelas ekonomi berserta 20kg bagasi.
  • Penginapan hotel bertaraf 3 bintang berserta sarapan pagi.
  • Tiket lawatan seperti yang tertera dalam jadual.
  • Pengangkutan bas/van persiaran berhawa dingin.
  • Pemandu pelancong (driver cum guide) berbahasa melayu/inggeris.
  • Upah (tipping) pemandu pelancong.
Pakej Tidak Termasuk
  • Travel & Covid 19 Insurans
  • Pengangkutan, kos pemandu pelancong,pada hari ke 3.
  • Tour leader – Ketua rombongan (digantikan dengan wakil di Sarawak).
  • Kos Makan tengahari dan malam kecuali dinyatakan (anggaran RM10-RM15 sekali makan)
  • Tiket lawatan – Canopy walk: MYR 10 sorang.
  • Kos Caj Extra Untuk Rakyat Bukan Malaysia.
Nota Pakej

Itinerari ini adalah untuk tujuan informasi sahaja. Penyusunan jadual aturcara ini adalah tertakluk kepada perubahan disebabkan oleh faktor cuaca, terperangkap di dalam trafik jalan raya atau apa jua keadaan yang diluar jangkaan.

(SP: Sarapan Pagi, MT: Makan Tengah Hari, MM: Makan malam, MAP: Makanan Atas Pesawat)

Penginapan

Hotel Kota Kinabalu: Holiday Inn Express Hotel 3*, Ming Garden Hotel 3*, Ibis Style Hotel 3* atau setaraf.

Hotel Kundasang: Pines Resort 4*, Zen Resort 3*, Celyn Resort 3* atau setaraf.

Optional Tours

Optional tours untuk hari ke-3 (boleh pilih kemudian)

  • Island Hoping: (manukan & sapi) + sunset Tg Aru + Night Market RM115/pax
  • Mari-Mari Cultural Village + sunset Tg Aru+ Night Market RM160/pax (termasuk transport minimum 4 pax)
  • Kokol Hill + Salut Kelapa Bakar + sunset Tg Aru+ Night Market RM70/pax (termasuk pengangkutan, minimun 5 pax)
  • Car Rent (bezza/saga): RM160/day

Tarikh Penerbangan

Berminat dengan destinasi lain?

Berhubung terus dengan team kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

Hj. Kamarul

Pengarah

Syazwan

Pengurus

Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm), Sabtu (9.00am-12.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.

Sila nyatakan destinasi, tarikh pilihan dan bilangan peserta dewasa, kanak-kanak serta bayi anda.