Dhuha Travel Sdn Bhd
Pakej Jelajah Dhuha Travel - Dubai Abu Dhabi

Pakej Jelajah UAE – Dubai & Abu Dhabi 6H4M

Pakej 6 Hari 4 Malam yang mengujakan ini menjanjikan pengalaman menarik kota serba mewah di 2 kota Dubai dan Abu Dhabi. Anda berpeluang menyaksikan sendiri pencakar langit tertinggi dunia iaitu Burj Khalifa serta bangunan-bangunan lain disekitarnya. Anda juga akan dibawa mengelilingi ke ibu kota UAE iaitu Abu Dhabi yang serba moden tanpa mengabaikan pengalaman menghayati sendiri suasana pasca kemodenan UAE di Heritage Village yang memperlihatkan kehidupan masyarakat UAE di padang pasir suatu ketika dahulu. Menariknya pakej ini, anda berpeluang merasai keseronokan aktiviti di padang pasir melalui Desert Safari di mana anda akan dibawa merentasi padang pasir dengan pacuan 4 roda, menunggang unta dan makan malam ditengah-tengah padang pasir sambil menyaksikan persembahan tradisi UAE.

Aturcara Perjalanan

HARI 1: KUALA LUMPUR – DUBAI (MT/MM)

Tiba di Sharjah International Airport (SHJ). Berjumpa dengan pemandu pelancong dan bergerak ke restoran untuk makan tengahari. Kemudian, perjalanan diteruskan dengan melawat sekitar bandar Dubai. Peserta akan dibawa untuk melawat Dubai Frame dan Future Museum untuk mengambil gambar di dua lokasi tersebut. Peserta juga akan melawat Jumeirah Beach. Jumeirah Beach adalah salah satu pantai awam yang paling popular dan paling banyak dikunjungi di Dubai. Kemudian, bergerak ke restoran yang berdekatan untuk makan tengahari. Selepas makan tengahari, bergerak ke hotel untuk daftar masuk. Sebelah malam pula, bergerak ke Dhow Cruise dan makan malam.

HARI 2: LAWATAN DUBAI (SP/MM)

Selepas sarapan pagi, peserta akan memulakan perjalanan di sekitar bandar Dubai. Peserta akan dibawa untuk melawat Old Dubai dan Abra ride. Seterusnya, peserta akan dibawa ke Leather shop selama 45 minit. Kemudian, peserta akan dibawa ke Gold Souk Market. Ia merupakan salah satu pasar tradisional tertua di Emirates. Manakala, lawatan ke Burj Khalifa adalah tertakluk kepada pilihan peserta. Peserta juga akan dibawa melawat Dubai Mall dan Fountain Show. Sebelum pulang ke hotel, peserta akan menikmati hidangan makan malam.

HARI 3: LAWATAN PENUH ABU DHABI (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi, lawatan penuh di Abu Dhabi. Peserta akan dibawa melawat di sekitar bandar Abu Dhabi. Peserta akan dibawa ke Heritage Village. photostop (lawatan pilihan) di Ferrari Park, louvre museum dan corniche. Kemudian, bergerak ke restoran yang berdekatan untuk makan tengahari. Seterusnya peserta akan dibawa untuk membeli belah di kedai handicraft. Setelah selesai, peserta pulang ke Dubai untuk makan malam dan balik ke hotel untuk bermalam.

HARI 4: LAWATAN DESERT SAFARI (SP/MM)

Selepas sarapan pagi, aktiviti bebas. Pada sebelah petang, peserta akan dibawa ke Desert Safari dan menikmati makan malam di sana. Selepas itu, balik ke hotel untuk berehat.

HARI 5: DUBAI – KUALA LUMPUR (KUL) (SP)

Selepas sarapan pagi di hotel & daftar keluar, peserta akan dibawa ke Quranic Park bergambar dihadapan bangunan. Seterusnya ke Blue Mosque dan Blue Souk. Blue Souk ialah pasar tradisional Arab yang terletak di Sharjah. Ia merupakan destinasi membeli-belah yang popular untuk penduduk tempatan dan pelawat ke Sharjah. Setelah selesai, peserta akan dibawa untuk bergerak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.

HARI 6: KUALA LUMPUR (KUL)

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Peta Dubai Abu Dhabi 6H4M
Blue Souq
Jumeirah Beach
Dhow Cruise
Heritage Village
Dubai Abu Dhabi
Dubai Abu Dhabi
Dubai Abu Dhabi
Dubai Abu Dhabi

Maklumat Pakej

Pakej Termasuk
  • Tiket Penerbangan kelas ekonomi lengkap muatan 30kg
  • Penginapan Hotel 3 bintang lengkap sarapan pagi
  • Lawatan seperti yang dinyatakan dalam jadual perjalanan:
    • Lawatan ke bandar Abu Dhabi
    • Dhow cruise Marina termasuk hiburan
    • Safari di padang pasir dengan makan malam.
  • Pengangkutan bas/van persiaran berhawa dingin yang selesa
  • Perkhidmatan ketua rombongan professional
  • Pemandu pelancong berpengalaman berbahasa English sepanjang perjalanan.
  • Tips Pemandu Pelancong
  • Makanan seperti yang dinyatakan dalam jadual perjalanan
Pakej Tidak Termasuk
  • Travel & Covid-19 Insurans
  • Tiket masuk At the Top Burj Khalifa dan Ferrari World dan lain-lain
  • Pilihan lawatan selain yang di nyatakan
  • Pembelanjaan peribadi, seperti minuman, souvenirs, telephone calls, porter, laundry, etc.
  • Dokumen visa untuk bukan warganegara malaysia
  • Perkhidmatan lain yang tidak disebutkan di atas.
  • Lawatan Pilihan:
    1. Top Burj Khalifa USD 48
    2. Dubai frame USD 15
    3. Museum of the Future USD 45
    4. Global Village USD 8
    5. Ferrari World USD 80
Nota Pakej

Itinerari ini adalah untuk tujuan informasi sahaja. Penyusunan jadual aturcara ini adalah tertakluk kepada perubahan disebabkan oleh faktor cuaca, terperangkap di dalam trafik jalan raya atau apa jua keadaan yang diluar jangkaan.

(SP/B: Sarapan Pagi, MT/L: Makan Tengah Hari, MM/D: Makan malam, MAP/MOB: Makanan Atas Pesawat)

Penginapan

Hotel 3* (Dubai) – Hampton by Hilton,Ibis One Central,Ibis Al Barsha atau setaraf

Hotel 3* (Sharjah) – City Max Sharjah atau setaraf

Tarikh Penerbangan

Berminat dengan destinasi lain?

Berhubung terus dengan team kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

Hj. Kamarul

Pengarah

Syazwan

Pengurus

Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm), Sabtu (9.00am-12.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.

Sila nyatakan destinasi, tarikh pilihan dan bilangan peserta dewasa, kanak-kanak serta bayi anda.