Dhuha Travel Sdn Bhd
Pakej Jelajah Dhuha Travel - Hanoi & Sapa

Pakej Jelajah Vietnam – Hanoi & Sapa 5H4M

Rentasi pengembaraan yang sukar untuk dilupakan ini dengan pakej jelajah Vietnam Hanoi & Sapa kami, di mana keajaiban budaya dan keindahan alam menanti. Menanjak ke puncak Gunung Fansipan untuk meneroka pagoda yang tersergam gah di kemuncaknya, menawarkan pemandangan panorama yang sangat menakjubkan. Terjun ke dalam tenunan warna-warni Hanoi semasa matahari terbenam, menjelajahi gerai-gerai hidup dan temui keunikan di pasar malam Hanoi. Teruskan pula pengembaraan ke Ha Long Bay yang ikonik, di mana air berwarna zamrud memeluk karst batu kapur, mencipta pemandangan laut yang serba indah dan membuatkan anda kagum. Sertai kami dalam pakej jelajah yang menyatu padukan antara penerokaan budaya dengan kecantikan memukau lanskap Vietnam.

Aturcara Perjalanan

HARI 1: BERANGKAT DARI KUALA LUMPUR - HANOI - SAPA (MAP/MT/MM)

Berkumpul di airport KLIA dan anda akan diberikan taklimat berkenaan ke Hanoi oleh wakil ketua rombongan syarikat kami. Tiba di Hanoi dan bergerak ke Sapa. Makan malam sebelum daftar masuk hotel. Bermalam di Sapa.

HARI 2: SAPA - CAT CAT - FANSIPAN (SP/MT/MM)

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Meneruskan lawatan ke Sapa salah satu bandar yang mempunyai kepelbagain etnik dan mempunyai pemandangan yang sangat indah (bergantung musim). Lawatan diteruskan ke – Local Museum, Local Market, Cat Cat Village waterfalls. Meneruskan lawatan ke gunung Fansipan, gunung berketinggian 2800m dan mempunyai permandangan yang indah dan menyimpan sejarahnya yang tersendiri. Lawatan akan diteruskan setibanya di salah satu puncak gunung fansipan setelah menaiki kereta kabel. Seterusnya menaiki Pagoda of Spiritual Jarak angaran 600 langkah sehingga puncak Fansipan. Makan tengah hari dan menuju ke Hanoi. Daftar masuk hotel dan makan malam, aktiviti bebas membeli belah di Hanoi Night Market. Bermalam di Hanoi.

HARI 3: HANOI - HA LONG BAY (153KM) (SP/MT/MM)

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Menuju ke Ha Long Bay. Lawatan diteruskan setelah tiba di Ha Long Bay dan menaiki bot sekitar 4 ke 5 jam melalui laluan yang dikenali sebagai Thousand Islet – Stone Dog Islet, Fighting Cocks, Sung Sot Cave dan Titop Island. Menikmati matahari terbenam di atas bot dan makan malam. Bermalam di houseboat.

HARI 4: HA LONG - HANOI (153KM) (SP/MT/MM)

Menikmati pemandangan matahari terbit di bot. Sarapan pagi dan perjalanan diteruskan ke Pearl Farm. Seterusnya,dibawa untuk berkayak ke pulau kecil untuk menerokai keindahan Ha long dan setelah itu anda akan dibawa ke kelas memasak dengan makanan istimewa : Spring rolls. Makan tengahari dan balik ke Hanoi. Membeli belah di Night Market dan balik ke hotel.

HARI 5: HANOI - KUALA LUMPUR (SP/MAP)

Sarapan pagi & daftar keluar hotel. Aktiviti bebas sebelum ke lapangan terbang Hanoi untuk penerbangan pulang ke Kuala lumpur.

Peta Hanoi & Sapa 5H4M
Pagoda of Spiritual Fansipan Mountain
Cat Cat Village
Bandar Hanoi
Ha Long Bay
Hanoi & Sapa 5H4M
Hanoi & Sapa 5H4M
Hanoi & Sapa 5H4M
Hanoi & Sapa 5H4M

Maklumat Pakej

Pakej Termasuk
  • Tiket penerbangan pergi dan balik kelas ekonomi lengkap 30kg bagasi
  • 1 Malam penginapan Houseboat
  • Penginapan selama 3 malam di hotel 3 bintang & sarapan pagi
  • Makanan halal/mesra muslim seperti dinyatakan jadual.
  • Pengangkutan berhawa dingin sepanjang perjalanan.
  • Tiket masuk lawatan pengikut jadual perjalanan
  • Pemandu pelancong berpegalaman berbahasa English/Bahasa sepanjang perjalanan.
  • Air mineral: 1 botol 500ml di sediakan pada hari lawatan untuk setiap orang.
  • Menaiki bot di Halong Bay
  • Tippings
Pakej Tidak Termasuk
  • Travel & Covid-19 Insurans
  • Pilihan lawatan selain yang di nyatakan
  • Pembelanjaan peribadi, seperti minuman, souvenirs, telephone calls, porter, laundry, etc.
  • Dokumen visa untuk bukan warganegara malaysia
  • Perkhidmatan lain yang tidak disebutkan di atas.
Nota Pakej

Itinerari ini adalah untuk tujuan informasi sahaja. Penyusunan jadual aturcara ini adalah tertakluk kepada perubahan disebabkan oleh faktor cuaca, terperangkap di dalam trafik jalan raya atau apa jua keadaan yang diluar jangkaan.

(SP: Sarapan Pagi, MT: Makan Tengah Hari, MM: Makan malam, MAP: Makanan Atas Pesawat)

Penginapan

Penginapan 1 malam : Houseboat

Hotel Hanoi 3*: A25 (Quan Thanh) Hotel, Hong Ngoc Hotel, Skylak Hotel atau setaraf

Hotel Sapa 3*: Sapa House Hotel, Dregan Hotel, Cosiana Hotel atau setaraf

Tarikh Penerbangan

Berminat dengan destinasi lain?

Berhubung terus dengan team kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

Hj. Kamarul

Pengarah

Syazwan

Pengurus

Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm), Sabtu (9.00am-12.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.

Sila nyatakan destinasi, tarikh pilihan dan bilangan peserta dewasa, kanak-kanak serta bayi anda.