Dhuha Travel Sdn Bhd
Pakej Jelajah Dhuha Travel - Taipei, Taiwan

Pakej Jelajah Taiwan – Taipei & Taichung 5H4M

Jom jelajah ke Taiwan, di mana landskapnya yang memukau, warisan budaya yang kaya, dan kemajuan bandar moden menanti anda. Mulakan perjalanan anda di ibu kota yang bertenaga, Taipei, di mana pencakar langit menjadikan suasana yang dinamik bersama kuil-kuil kuno, mencipta perpaduan yang menakjubkan antara yang lama dan yang baru. Terokai pasar malam yang sibuk, menikmati makanan tepi jalan Taiwan yang menggoda selera anda. Melalui desa-desa yang indah ke Taroko Gorge, sebuah keajaiban alam dengan tebing marmar, hutan lebat, dan sungai yang berliku. Lembah Jiufen Old Street menawarkan pesona sejarah yang unik, dengan lorong-lorong sempit, kedai teh, dan pemandangan laut Pasifik yang menakjubkan. Akhiri pengembaraan anda di bandar pantai yang santai, Taitung, di mana pantai-pantai cantik dan pengalaman budaya menanti. Pakej pelancongan yang diatur dengan teliti ini menjanjikan pengalaman Taiwan yang memperkaya dan beragam, memastikan setiap detik meninggalkan anda dengan kenangan indah dari pulau ini.

Aturcara Perjalanan

HARI 1 : TAOYUAN AIRPORT- TAICHUNG (MM)

Tiba di Lapangan Terbang Taoyuan. Berjumpa & sesi taklimat bersama pemandu pelancong. Perjalanan dimulakan dengan lawatan ke Gaomei Wetland. Seterusnya bergerak ke Taichung Night Market. Makan malam dan bermalam di Taichung.

HARI 2 : TAICHUNG-TAIPEI (SP/MT/MM)

Sarapan pagi dan lawatan dimulakan dengan bersiar-siar di Sun Moon Lake. Seterus ke Xiangshang Visitor Center. Makan tengahari. Seterusnya anda akan ke Vigorkobo Pineapple Cake Shop. Menjadi ikon utama Taiwan, anda akan melawat Taipei 101, bangunan tertinggi di Taiwan. Makan malam dan bermalam di Taipei.

HARI 3: TAIPEI (SP, MT, MM)

Sarapan pagi di hotel. Lawatan dimulakan ke C.K.S Memorial Hall. Seterus ke Duty Free Shopping Center. Makan tengahari. Lawatan diteruskan ke Yangmingshan Flower Clock dan Ximending Walking Street. Makan malam (istimewa Taiwan beef noodles) dan bermalam di Taipei.

HARI 4: TAIPEI (SP, MT, MM)

Sarapan pagi di hotel. Melawat Taiwan Cultural & Creative Arts Center. Seterusnya lawan ke Taipei Grand Mosque. Makan tengahari. Lawatan ke Shifen Old Street & Shifen Waterfall. Makan malam (Set Hot Pot) dan bermalam di Taipei.

HARI 5: TAIPEI-TAOYUAN AIRPORT (SP)

Sarapan pagi. Aktiviti bebas sebelum bergerak ke Lapangan Terbang Taoyuan dan berangkat pulang ke tanah air.

Peta Taiwan 5H4M
Taoyuan Night Market
Shifen Waterfall
Taichung Night Market
Sun Moon Lake
Taiwan 5H4M
Taiwan 5H4M
Taiwan 5H4M
Taiwan 5H4M

Maklumat Pakej

Pakej Termasuk
  • Tiket Penerbangan kelas ekonomi lengkap muatan 20kg
  • Penginapan Hotel 3 bintang lengkap sarapan pagi
  • Tiket Lawatan seperti yang tertera dalam jadual
  • Pengangkutan bas/Van persiaran berhawa dingin yang selesa
  • Pemandu pelancong berpengalaman berbahasa English sepanjang perjalanan.
  • Perkhidmatan ketua rombongan professional.
  • Tips Pemandu Pelancong
  • Makanan halal atau mesra Muslim seperti dalam Jadual Perjalanan.
Pakej Tidak Termasuk

·       Travel & Covid-19 Insurans

·       Makan dalam kapal

·       Dokumen visa untuk bukan warganegara malaysia

·       Perkhidmatan lain yang tidak disebutkan di atas.

·       Pilihan lawatan selain yang dinyatakan

·       Pembelanjaan peribadi, seperti minuman, souvenirs, telephone calls, porter, laundry, etc.

·       Lawatan pilihan : Taipei 101 observatory : 600 NTD

Nota Pakej

Itinerari ini adalah untuk tujuan informasi sahaja. Penyusunan jadual aturcara ini adalah tertakluk kepada perubahan disebabkan oleh faktor cuaca, terperangkap di dalam trafik jalan raya atau apa jua keadaan yang diluar jangkaan.

(SP: Sarapan Pagi, MT: Makan Tengah Hari, MM: Makan malam, MAP: Makanan Atas Pesawat)

Penginapan

Tiachung 3*: Stay Hotel Zhongqing atau setaraf.

New Taipei 3*: Yidear Hotel atau setaraf.

Tarikh Penerbangan

Berminat dengan destinasi lain?

Berhubung terus dengan team kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

Hj. Kamarul

Pengarah

Syazwan

Pengurus

Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm), Sabtu (9.00am-12.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.

Sila nyatakan destinasi, tarikh pilihan dan bilangan peserta dewasa, kanak-kanak serta bayi anda.