Dhuha Travel Sdn Bhd
Pakej Jelajah Dhuha Travel - Bangkok, Thailand

Pakej Jelajah Thailand – Bangkok & Kanchaburi 5H4M

Mulakan penjelajahan yang memukau selama 5 hari, 4 malam dengan pakej pelancongan lengkap kami, mengalirkan anda kepada keajaiban bandar dan keindahan semulajadi terbaik di Thailand. Mulakan pengembaraan anda dengan denyutan kehidupan bandar Bangkok, di mana pasar-pasarnya yang sibuk serta seni bina kuil-kuilnya yang menjadi keunikan. Rasai sentuhan sejarah di Pasar Keretapi dan kagumi kejayaan seni bina Jambatan Sungai Kwai di Kanchanaburi. Temui haiwan liar secara dekat di Kanchanaburi Safari, dan merayau di sepanjang Pasar Terapung yang berwarna-warni, satu kenikmatan sensori dari citarasa dan hasil kraftangan tempatan. Pakej pelancongan yang diatur dengan teliti ini menjanjikan perpaduan yang sempurna antara penemuan budaya dan keindahan semulajadi, menjamin pengalaman Thailand yang tidak terlupakan.

Aturcara Perjalanan

HARI 1: KUALA LUMPUR- BANGKOK (MDK)

Ketibaan di Lapangan Terbang Bangkok. Berjumpa & sesi briefing bersama pemandu pelancong. Perjalanan dimulakan dengan bersiar-siar sekitar kawasan bandar Bangkok melalui Ratcadamnoen Road yang merupakan laluan penting bandar lama Bangkok. Seterusnya, peserta akan dibawa ke Bee Farm untuk melihat cara penghasilan madu. Perjalanan diteruskan ke King Power Duty Free untuk membeli belah kerana barangan yang dijual di sana adalah bebas cukai. Melawat The One Ratchada Night Market. Bermalam di Bangkok.

HARI 2: BANGKOK – KANCHANABURI (SP/MT/MM)

Sarapan pagi dan lawatan dimulakan ke Gems Gallery. Kemudian, peserta akan dibawa menuju ke Kanchanaburi yang terletak di barat Thailand. Perjalanan ke sana memakan masa selama hampir 3 jam. Setelah tiba di Kanchanaburi, peserta akan melawat Malika R.E. 124 Heritage Town. Seterusnya, peserta akan melawat River Khwai Bridge yang dikenali sebagai “Death Railway”. Bermalam di Kanchanaburi.

HARI 3: SAFARI KANCHANABURI – BANGKOK (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Lawatan dimulakan ke Safari Kanchanaburi di mana peserta berpeluang melihat haiwan dengan lebih dekat. Kemudian, melawat Tiger Cave Temple. Menuju semula ke Bangkok. Singgah sebentar di Erawadee iaitu kedai herba Thai dan Platinum Mall. Bermalam di Bangkok.

HARI 4: RAILWAY MARKET – RATCHABURI – FLOATING MARKET (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Menuju ke Samuth Songkram untuk melawat Railway Market yang terkenal dengan tarikan pasar di tengah laluan kereta api. Seterusnya, menuju ke Ratchaburi yang memakan masa selama 2 jam. Melawat Damnueon Saduak Floating Market. Kembali ke Bangkok. Singgah di kedai makanan kering dan MBK Center Bangkok untuk membeli belah. Berhenti seketika di Asiatique iaitu kawasan yang berdekatan dengan Sungai Chao Phraya. Bermalam di Bangkok

HARI 5: BANGKOK – KUALA LUMPUR (SP/MDK)

Sarapan pagi. Aktiviti bebas sebelum bergerak ke Lapangan Terbang Bangkok dan berangkat pulang ke Kuala Lumpur.

ASIA - THAILAND Bangkok Kanchanaburi
Peta Bangkok & Kanchanaburi 5H4M
River Khwae Bridge
Tiger Cave Temple
Damnoen Saduak Floating Market
Damnoen Saduak Floating Market
Bangkok & Kanchanaburi 5H4M
Bangkok & Kanchanaburi 5H4M
Bangkok & Kanchanaburi 5H4M
Bangkok & Kanchanaburi 5H4M

Maklumat Pakej

Pakej Termasuk
  • Tiket Penerbangan kelas ekonomi lengkap muatan 30kg
  • Penginapan Hotel 3 bintang lengkap sarapan pagi
  • Makanan seperti dinyatakan jadual
  • SP: Sarapan pagi,MT: Makan tengahari, MM : Makan Malam, MDK : Makan dalam kapal
  • Tiket Lawatan seperti yang tertera dalam jadual
  • Pengangkutan bas/Van persiaran berhawa dingin yang selesa
  • Pemandu pelancong berpengalaman berbahasa English sepanjang perjalanan.
  • Perkhidmatan ketua rombongan professional.
  • Tips Pemandu Pelancong
  • Makanan halal atau mesra Muslim seperti dalam Jadual Perjalanan
Pakej Tidak Termasuk
  • Travel & Covid-19 Insurans
  • Dokumen visa untuk bukan warganegara malaysia
  • Perkhidmatan lain yang tidak disebutkan di atas.
  • Pilihan lawatan selain yang dinyatakan
  • Perbelanjaan peribadi, seperti minuman, souvenirs, telephone calls, porter, laundry, etc.
Nota Pakej

Itinerari ini adalah untuk tujuan informasi sahaja. Penyusunan jadual aturcara ini adalah tertakluk kepada perubahan disebabkan oleh faktor cuaca, terperangkap di dalam trafik jalan raya atau apa jua keadaan yang diluar jangkaan.

(SP: Sarapan Pagi, MT: Makan Tengah Hari, MM: Makan malam, MAP: Makanan Atas Pesawat)

Penginapan

Hotel The Patra Place 3* atau setaraf.

Hotel Aurora Kanchanaburi 3* atau setaraf.

Tarikh Penerbangan

Berminat dengan destinasi lain?

Berhubung terus dengan team kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

Hj. Kamarul

Pengarah

Syazwan

Pengurus

Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm), Sabtu (9.00am-12.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.

Sila nyatakan destinasi, tarikh pilihan dan bilangan peserta dewasa, kanak-kanak serta bayi anda.