Dhuha Travel Sdn Bhd
Pakej Jelajah Dhuha Travel - Seoul, South Korea

Pakej Jelajah Korea Selatan – Seoul 6H4M

Pakej Jelajah Seoul 6H4M ini akan menyajikan anda pengalaman jelajah yang menarik. Anda akan dibawa ke lokasi penggambaran drama Korea ‘Winter Sonata’ yang popular iaitu Pulau Nami. Di sini, anda dapat nikmati keindahan pulau ini dengan menaiki feri. Kemudian, anda akan diberi peluang berseronok di taman tema terbesar di Korea Selatan iaitu Taman Tema Everland. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan disini termasuklah menaiki roller coaster landasan kayu terpantas di dunia. Selain daripada itu, anda juga akan dibawa melawat tempat-tempat menarik di Seoul sambil mengenali budaya masyarakat di sana seperti Istana Gyeongbuk, National Folk Museum dan berpeluang memperagakan pakaian tradisional Korea iaitu Hanbok. Untuk aktiviti membeli belah pula, Myeongdong dan Namdaemun pastinya tidak akan ketinggalan.

Aturcara Perjalanan

HARI 1: KLIA 2 – SEOUL

Berkumpul Lapangan Terbang KLIA1 (Malindo/Batik air) & KLIA 2 (Airasia) dan taklimat ringkas berkenaan perjalanan akan diberikan sebelum berangkat. Selepas itu, para peserta akan terus daftar masuk bagasi dan ke pintu perlepasan untuk penerbangan ke Seoul.

HARI 2: SEOUL - PULAU NAMI (MT/MM)

Tiba di lapangan terbang Incheon dan berjumpa dengan pemandu pelancong. Bertolak ke Chuncheon (2 jam perjalanan), melawat Garden of Morning Calm (musim bunga sahaja) dimana anda boleh menikmati pemandangan bunga yang indah. Seterusnya lawatan ke Pulau Nami dengan menaiki feri. Pulang ke Seoul dan check in hotel.

HARI 3: SEOUL - EVERLAND THEME PARK (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel dan bertolak ke Everland Theme Park. Makan tengah hari dan alami keseronokan di salah satu taman tema terbesar di Korea. Pulang semula ke Seoul dan aktiviti bebas di Yeouido Park (MUSIM BUNGA) / Seoul Forest Park (MUSIM LURUH), antara lokasi terbaik untuk menikmati musim luruh di Seoul. Makan malam dan bermalam di hotel.

HARI 4: SEOUL (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Selepas itu, anda bergerak dan melalui hadapan Blue House. Lawati Gyeongbuk Palace dan National Folk Museum. Selepas makan tengah hari, melawat ke Masjid Itaewon & membeli-belah di Itaewon Street. Lawati Kimchi School & Seaweed Museum untuk pengalaman membuat Kimchi & memakai pakaian tradisional Korea (Hanbok) dan Cosmetic Outlet. Seterusnya peserta akan dibawa membeli belah di Dongdaemun Market. Makan malam dan bertolak balik ke hotel untuk berehat.

HARI 5: SEOUL – MYEONGDONG & NAMDAEMUN SHOPPING STREET (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Peserta akan dibawa ke Local Supermarket dan Duty Free Shop. Seterusnya peserta akan di bawa membeli belah di Myeongdong street & Namdaemun Market. Makan malam dan bertolak balik ke hotel untuk berehat.

HARI 6: SEOUL – KLIA 2

Bertolak pada awal pagi ke Incheon International Airport untuk penerbangan pagi kembali ke Lapangan Terbang KLIA1 (Malindo/batik air) & KLIA 2 (Airasia)

Peta Perjalanan Seoul & Everland 6H4M
Gyeongbokgung Palace
Masjid Itaewon
Nami Island
Everland Theme Park
Seoul & Everland 6H4M
Seoul & Everland 6H4M
Seoul & Everland 6H4M
Seoul & Everland 6H4M

Maklumat Pakej

Pakej Termasuk
  • Tiket Penerbangan kelas ekonomi termasuk elaun bagasi
  • Penginapan Hotel 3 bintang lengkap sarapan pagi
  • Tiket Lawatan seperti yang tertera dalam jadual
  • Pengangkutan bas/Van persiaran berhawa dingin yang selesa
  • Pemandu pelancong berpengalaman berbahasa English sepanjang perjalanan.
  • Perkhidmatan ketua rombongan professional.
  • Tips Pemandu Pelancong
  • Makanan halal atau mesra Muslim seperti dalam Jadual Perjalanan.
Pakej Tidak Termasuk
  • Travel & Covid-19 Insurans
  • Makan dalam kapal
  • Dokumen visa untuk bukan warganegara malaysia
  • Perkhidmatan lain yang tidak disebutkan di atas.
  • Pilihan lawatan selain yang dinyatakan
  • Pembelanjaan peribadi, seperti minuman, souvenirs, telephone calls, porter, laundry, etc.
  • Yuran permohonan visa K-ETA (KRW10,000/pax)
Nota Pakej

Itinerari ini adalah untuk tujuan informasi sahaja. Penyusunan jadual aturcara ini adalah tertakluk kepada perubahan disebabkan oleh faktor cuaca, terperangkap di dalam trafik jalan raya atau apa jua keadaan yang diluar jangkaan.

(SP: Sarapan Pagi, MT: Makan Tengah Hari, MM: Makan malam, MAP: Makanan Atas Pesawat)

Anda wajib memohon K-ETA terlebih dahulu sebelum berlepas ke Korea Selatan. KLIK DISINI untuk maklumat permohonan K-ETA.

Permohonan K-ETA melalui Dhuha Travel Sdn Bhd akan dikenakan caj sebanyak RM80.00

Penginapan

Seoul 3*: Recenz Hotel, JK Blossom Hotel, Rich Diamond Hotel, Golden City Hotel atau setaraf.

Tarikh Penerbangan

Berminat dengan destinasi lain?

Berhubung terus dengan team kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

Hj. Kamarul

Pengarah

Syazwan

Pengurus

Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm), Sabtu (9.00am-12.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.

Sila nyatakan destinasi, tarikh pilihan dan bilangan peserta dewasa, kanak-kanak serta bayi anda.