Dhuha Travel Sdn Bhd
Pakej Jelajah Dhuha Travel - Tokyo & Osaka

Pakej Jelajah Jepun - Tokyo & Osaka 7H6M

Pakej 7H6M ini akan membawa anda menjelajah sambil menikmatan keunikan dan keindahan merentasi 3 wilayah Jepun iaitu Kanto, Chubu dan Kinko. Di wilayah Kanto, anda dapat saksikan kemodenan dan kesibukan Bandar Tokyo antaranya Lintasan Shibuya yang ikonik serta pasar di Ueno dan Ameyoko. Masuk ke wilayah Chubu, anda akan disajikan dengan Gunung Fuji yang tersergam indah. Kemudian, berpeluang merasai pengalaman menaiki bullet train Shinkansen dari Hamamatsu ke Toyohashi. Seterusnya memasuki ke wilayah Kinko, anda akan dibawa melawat Bamboo Forest di Arashiyama dan Istana Osaka yang dibina sejak kurun ke-16.

Aturcara Perjalanan

HARI 1: KLIA – HANEDA - TOKYO

Berkumpul di lapangan terbang KLIA dan taklimat ringkas berkenaan perjalanan akan diberikan sebelum berangkat. Selepas itu, para tetamu akan terus daftar masuk bagasi dan ke pintu perlepasan untuk penerbangan ke Haneda. Setelah tiba di Haneda, peserta akan daftar masuk ke hotel.

HARI 2: TOKYO (SP/MT/MM)

Sarapan pagi dan bertolak ke Asakusa.untuk melawat kawasan Nakamise Street. Kawasan ini merupakan tempat yang sesuai untuk membeli belah. Seterusnya, peserta akan melawat kawasan Shibuya Crossing Berehat seketika untuk solat di Masjid Tokyo dan makan tengah hari. Seterusnya peserta akan dibawa ke kawasan Ueno dan peserta dibawa ke Ameyoko. Di kawasan ini peserta boleh membeli makanan segar dan produk penjagaan kulit.. Kemudian, peserta akan makan malam di Restoran Wagyu Halal dan pulang ke hotel.

HARI 3: TOKYO – MT FUJI (SP/MT/MM)

Sarapan pagi dan daftar keluar dari hotel. Bertolak ke Mt. Fuji. Seterusnya peserta akan dibawa ke Oshino Hakkai. Makan tengah hari dan solat di Masjid Fujikawaguchi. Perjalanan diteruskan ke Oishi Park. Peserta akan melawat Tasik Kawaguchi. Kemudian, peserta akan dibawa ke Gotemba Premium Outlet yang menyediakan lebih 210 kedai berjenama antarabangsa dan mewah. Seterusnya, bertolak ke hotel dan peserta akan makan malam di hotel. (Makan malam Bento set)

HARI 4: MT FUJI – SHIMIZU PORT – TOYOHASHI (SP/MT/MM)

Sarapan pagi dan daftar keluar dari hotel. Peserta akan dibawa ke Suruga bay Ferry Toi Terminal untuk menaiki Feri ke Shimizu Port. Setelah tiba di Shimizu port, peserta akan dibawa ke Shimizu Fish Market dan perjalanan diteruskan ke Hamamatsu station. Di kawasan ini peserta berpeluang mendapat pengalaman menaiki kereta api Shinkansen untuk menuju ke Toyohashi yang mengambil masa 15 minit. Setelah tiba di Toyohashi, peserta akan bertolak ke restoran tempatan untuk makan malam dan daftar masuk hotel. (Makan malam Bento set)

HARI 5: TOYOHASHI - KYOTO – OSAKA (SP/MT/MM)

Sarapan pagi dan daftar keluar dari hotel.Bertolak ke Kyoto. Kemudian, peserta akan dibawa ke restoran tempatan untuk makan tengah hari. Perjalanan diteruskan dengan membawa peserta ke Arashiyama untuk melawat Bamboo Forest. Kawasan ini dipenuhi dengan buluh yang menjulang tinggi. Kemudian, peserta akan melawat Tenryuji. Perjalanan diteruskan ke Gion Street dan Higashiyama District Seterusnya, peserta akan menuju ke Osaka . Makan malam di restoran tempatan dan bertolak ke hotel. (Makan malam Bento set)

HARI 6: OSAKA– NARA –OSAKA (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Bertolak ke Nara iaitu bandar yang terletak di timur Osaka. Melawat Nara Deer Park. Kemudian peserta kan menuju ke Osaka. Berehat seketika untuk makan tengah hari di restoran tempatan solat di Masjid Osaka. Perjalanan diteruskan dengn berhenti bergambar di Istana Osaka Seterusnya, peserta akan di bawa ke Dotonbori yang terkenal dengan makanan lokal dan Shinsaibashi iaitu tempat membeli belah di Osaka. Kemudian, peserta akan makan malam dan pulang ke hotel.

HARI 7: KANSAI - KUALA LUMPUR (SP)

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Bertolak ke Kansai Airport. Bersedia untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Tiba di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur.

ASIA - JEPUN Tokyo & Osaka

Maklumat Pakej

Pakej Termasuk
  • Tiket Penerbangan kelas ekonomi lengkap muatan 20kg
  • Penginapan Hotel 3 bintang lengkap sarapan pagi
  • Makanan halal/mesra muslim seperti dinyatakan jadual
  • Makan malam istimewa Waghu Asli Halal
  • Tiket Lawatan seperti yang tertera dalam jadual Tiket
  • Train Laju Shinkansen
  • Pengangkutan bas/Van persiaran berhawa dingin yang selesa
  • Pemandu pelancongan berbahasa melayu yang profesional
  • Perkhidmatan ketua rombongan professional Tips Pemandu Pelancong
Pakej Tidak Termasuk
  • Travel & Covid-19 Insurans
  • Makan dalam kapal
  • Dokumen visa untuk bukan warganegara malaysia
  • Perkhidmatan lain yang tidak disebutkan di atas.
  • Pilihan lawatan selain yang dinyatakan
  • Pembelanjaan peribadi, seperti minuman, souvenirs, telephone calls, porter, laundry, etc.
Nota Pakej

Itinerari ini adalah untuk tujuan informasi sahaja. Penyusunan jadual aturcara ini adalah tertakluk kepada perubahan disebabkan oleh faktor cuaca, terperangkap di dalam trafik jalan raya atau apa jua keadaan yang diluar jangkaan.

(SP: Sarapan Pagi, MT: Makan Tengah Hari, MM: Makan malam, MAP: Makanan Atas Pesawat)

Penginapan

Hotel di Tokyo 3* – Shinjuku Granbell Hotel atau setaraf

Hotel di Mt Fuji 3* – Fujisan Garden Hotel atau setaraf

Hotel di Toyohashi 3* – Loisor Toyohashi atau setaraf

Hotel di Osaka 3* – Sarasa Hotel atau setaraf

Optional Tours

Tarikh Penerbangan

Berminat dengan destinasi lain?

Berhubung terus dengan team kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

Hj. Kamarul

Pengarah

Syazwan

Pengurus

Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm), Sabtu (9.00am-12.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.

Sila nyatakan destinasi, tarikh pilihan dan bilangan peserta dewasa, kanak-kanak serta bayi anda.