Dhuha Travel Sdn Bhd
Pakej Jelajah Dhuha Travel - Kashmir & Taj Mahal

Pakej Jelajah India – Kashmir & Taj Mahal 8H6M

Mulakan pengembaraan yang mempesona selama 8 hari dengan pakej jelajah Kashmir & Taj Mahal kami, di mana keindahan landskap Kashmir, Taj Mahal yang ikonik, dan budaya yang berwarna-warni Delhi menanti anda. Mulakan pengembaraan anda di Lembah Kashmir yang cantik dengan pengalaman unik rumah bot di tasiknya yang tenang, dikelilingi oleh gunung-gunung yang sangat indah. Meresapi ketenangan Tasik Dal dan Tasik Nigeen sambil menikmati kehangatan keramahan tradisional Kashmir. Melangkah pula ke Agra untuk menyaksikan kecantikan abadi Taj Mahal, lambang kecintaan yang kekal, dan menjelajahi keajaiban sejarah Delhi, termasuk India Gate dan Masjid Jama. Pakej pelancongan yang diatur dengan teliti ini menjanjikan perpaduan yang sempurna antara keindahan alam, kekayaan budaya, dan keajaiban sejarah, memastikan pengembaraan yang tidak terlupakan ke permata India.

Aturcara Perjalanan

HARI 1: KUALA LUMPUR – DELHI (MAP/MM)

Berkumpul 4 jam sebelum berlepas di lapangan terbang KLIA dan semua peserta akan diberi taklimat berkenaan perjalanan ke India oleh wakil ketua rombongan syarikat kami. Daftar masuk penerbangan dan berlepas dari KLIA sehingga selamat sampai di Delhi, India. Setiba di lapangan terbang New Delhi, anda akan disambut oleh pemandu pelancong tempatan. Makan malam dan bermalam di hotel.

HARI 2: DELHI – SRINAGAR (SP/MT/MM) (FLIGHT)

Sarapan pagi di hotel, anda akan daftar keluar dari hotel dan terus ke Lapangan Terbang Srinagar untuk menaiki pesawat pada pagi itu. Anda akan menikmati pemandangan yang indah gunung-gunung sebelum tiba di Lapangan Terbang Srinagar. Selepas itu, terus ke houseboat dan daftar masuk houseboat dan makan tengah hari di restoran tempatan. Setelah makan tengah hari, melawat Nishat Garden dan Shalimar Garden. Selepas itu, melawat Kilang Karpet dan membeli belah di kilang karpet, tudung dan cenderahati. Meneruskan perjalanan ke houseboat dan menikmati shikara ride untuk mendapatkan pemandangan matahari terbenam selama 1 jam. Makan malam di houseboats.

HARI 3: SRINAGAR – PAHALGAM – SRINAGAR PERJALANAN 2 JAM 30 MINIT (SP/MT/MM)

Setelah sarapan pagi di hotel, anda akan ke Pahalgam Enroute melawat the Apple Valley, Apple Orchids, dan menikmati kecantikan Orchids, perjalanan diteruskan ke Pahalgam. Setelah tiba di Pahalgam, dan terus ke Betaab Valley (merupakan lembah yang terkenal di filem Bollywood Betaab), melawat The Aru Valley (merupakan lembah yang terkenal dengan kecantikan semulajadi dan kampung shepherds). Kemudian, makan tengah hari di restoran tempatan dan kembali ke Srinagar. Makan malam di hotel.

HARI 4: SRINAGAR – GULMARG - SRINAGAR PERJALANAN 1 JAM 30 MINIT (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel, anda akan meneruskan perjalanan ke Gulmarg – Nestled di Pir Panjal Range terkenal dengan pemandangan semulajadi. Setelah tiba di Gulmarg, dan terus ke The Gondola Ride dan menikmati pemandangan yang cantik seperti, pine forest. Selepas, menaiki The Gondola Ride, anda akan melakukan pelbagai aktiviti terdapat di atas puncak (aktiviti tidak termasuk di dalam pakej) boleh juga bayar di kaunter. Selepas seharian di Gulmarg, makan tengah hari di restoran. Selepas itu, kembali ke Srinagar dan melawat kedai cenderahati, untuk membeli belah, dan terus ke houseboat dan makan malam di hotel.

HARI 5: SRINAGAR – DELHI – AGRA PERJALANAN SELAMA 4 JAM 30 MINIT (SP/MT/MM) FLIGHT

Setelah sarapan pagi di hotel, anda akan memulakan perjalanan ke lapangan terbang domestik Delhi. Setelah tiba di Delhi terus menikmati makan tengah hari di restoran tempatan. Kemudian, meneruskan perjalanan ke Agra. Setelah tiba di Agra, daftar masuk hotel dan makan malam di hotel.

HARI 6: AGRA – DELHI PERJALANAN SELAMA 4 JAM 30 MINIT (SP/MT/MM)

Pada awal pagi, anda di akan melawat Taj Mahal untuk mendapatkan pemandangan matahari terbit di waktu pagi. Selepas lawatan ringkas, peserta diberi masa untuk bergambar di Taj Mahal. Selepas itu kembali semula ke hotel untuk sarapan pagi. Selepas sarapan pagi di hotel, anda di minta daftar keluar hotel dan melawat Kilang The Marble dan melihat bagaimana proses marble di buat. Selepas itu, peserta akan makan tengah hari di restoran yang terkenal di Taj Mahal, Selepas makan tengah hari akan bergerak ke Delhi. Selepas sampai di Delhi, anda akan mendaftar masuk hotel dan makan malam di hotel.

HARI 7: AGRA – DELHI – KUALA LUMPUR (SP/MT)

Setelah sarapan pagi di hotel, anda akan melihat permandangan bandar di India Gate, Presidents Palace dan Masjid Jama. Kemudian, makan tengahari dengan makanan Mughlai yang terkenal dengan biryani. Selepas itu, diberi masa untuk membeli belah sebelum ke Lapangan Terbang untuk pulang ke Malaysia.

HARI 8: KUALA LUMPUR (MAP)

Tiba di Malaysia bersama kenangan yang terindah semasa lawatan.

Peta Kashmir & Taj Mahal 8H6M
India Gate
Gulmarg Gondola
Betaab Valley
Taj Mahal
Kashmir & Taj Mahal 8H6M
Kashmir & Taj Mahal 8H6M
Kashmir & Taj Mahal 8H6M
Kashmir & Taj Mahal 8H6M

Maklumat Pakej

Pakej Termasuk
  • Tiket Penerbangan kelas ekonomi lengkap muatan 30kg
  • Penginapan Hotel 3/4 bintang sepanjang perjalanan
  • Penerbangan Domestik kelas ekonomi
  • Penginapan 2 Malam Houseboat
  • Perkhidmatan ketua rombongan professional
  • Pemandu pelancong berpengalaman berbahasa English sepanjang perjalanan.
  • Makanan halal/mesra muslim seperti dinyatakan jadual
  • Lawatan seperti yang dinyatakan dalam jadual perjalanan:
    • Shikara ride di tasik selama 1 jam
    • Pergi ke Betaab Valley & Aru Valley menaiki jeep di Pahalgam
    • 1st phase of Gondola ride di Gulmarg
    • Bayaran masuk di Taj Mahal
    • Bayaran masuk di Mughal Gardens
    • Sufi music dengan tarian
  • Parking permit dan patrol untuk kenderaan
  • 2 Botol air mineral sehari untuk seorang
  • Pengangkutan bas/van persiaran berhawa dingin yang selesa
  • Tips Pemandu Pelancong
  • Visa kemasukkan ke negara India bagi warganegara Malaysia
Pakej Tidak Termasuk
  • Travel & Covid-19 Insurans
  • Dokumen visa untuk bukan warganegara Malaysia
  • Perkhidmatan lain yang tidak disebutkan di atas.
  • Pilihan lawatan selain yang dinyatakan
  • Perbelanjaan peribadi, seperti minuman, souvenirs, telephone calls, porter, laundry, etc.
Nota Pakej

Itinerari ini adalah untuk tujuan informasi sahaja. Penyusunan jadual aturcara ini adalah tertakluk kepada perubahan disebabkan oleh faktor cuaca, terperangkap di dalam trafik jalan raya atau apa jua keadaan yang diluar jangkaan.

(SP: Sarapan Pagi, MT: Makan Tengah Hari, MM: Makan malam, MAP: Makanan Atas Pesawat)

Penginapan

New Delhi 4*: Hotel Ashok Country dan setaraf.

Srinagar 4*: Hotel Karam Gold dan setaraf.

Srinagar 4*: Deluxe Houseboats dan setaraf.

Agra: Royal agent Agra/Howard Park Plaza dan setaraf.

Houseboat 3-4*

Tarikh Penerbangan

Berminat dengan destinasi lain?

Berhubung terus dengan team kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

Hj. Kamarul

Pengarah

Syazwan

Pengurus

Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm), Sabtu (9.00am-12.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.

Sila nyatakan destinasi, tarikh pilihan dan bilangan peserta dewasa, kanak-kanak serta bayi anda.