Dhuha Travel Sdn Bhd
Pakej Jelajah Dhuha Travel - Beijing & Tembok Besar China

Pakej Jelajah China – Beijing & Tembok Besar China 7H5M

Mulakan penjelajahan selama 7 hari ke Beijing, China kami yang komprehensif, memaparkan kekayaan budaya dan keajaiban sejarah di bandar ikonik ini. Mulakan perjalanan anda di tengah-tengah Bandar Beijing, meneroka jalan-jalan yang sibuk dan meresapi atmosfera yang bersemangat. Lawati The Forbidden City yang memukau, di mana sejarah zaman Imperial menjadi hidup melalui senibina dan mahligainya yang megah. Kagumi kehebatan Tembok Besar China dengan pemandangan yang memukau dan sejarah yang mendalam mengelilingi mercu tanda ikonik ini. Pakej jelajah yang diatur dengan teliti ini menjanjikan gabungan yang memperkaya antara penerokaan bandar dan keajaiban kuno, memastikan perngalaman yang tidak dapat dilupakan.

Aturcara Perjalanan

HARI 1: KUALA LUMPUR – BRUNEI DARUSSALAM (MDK)

Berkumpul di airport KLIA dan peserta akan diberikan taklimat berkenaan ke Beijing oleh wakil ketua rombongan syarikat kami. Berlepas ke Brunei Darulsalam untuk transit sebelum bertolak ke Beijing.

HARI 2: BRUNEI DARUSSALAM – BEIJING (MT/MM)

Tiba di Daxing International Airport dan menuju ke Olympic Village. Kawasan ini telah dibuka pada tahun 2008 dan menjadi Kawasan berlangsungkan sukan Olympic di Beijing. Peserta akan melalui Beijing National Stadium (bird nest stadium) dan Water Cube untuk bergambar di hadapan bangunan. Makan tengah hari dan daftar masuk hotel. Kemudian, peserta akan melawat Masjid Songyu. Makan malam dan pulang ke hotel.

HARI 3: TIAN AN MEN SQUARE - FORBIDDEN CITY (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Peserta akan menuju ke Tian An Men Square iaitu dataran bandar terbesar di dunia. Di bahagian utara kawasan tersebut, peserta akan singgah bergambar di Forbidden City dan Meridian Gate. Singgah solat di Niujie Mosque. Meneruskan perjalanan ke Niujie Muslim Super Market iaitu merupakan kedai makanan dan komoditi terbesar yang menyediakan perkhidmatan kepada umat Islam di China. Pada waktu malam, peserta akan menikmati Pertunjukan Akrobatik yang terkenal di dunia. Pulang semula ke hotel untuk berehat.

HARI 4: TEMBOK BESAR CHINA – WANGFUJING STREET (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Peserta akan memulakan lawatan ke Tembok Besar China (bahagian Juyongguan) yang dibangunkan pada abad ke 7 & 8 sebelum masihi. Makan Tengah hari dan Singgah solat di masjid. Meneruskan perjalanan ke shopping street Wangfujing untuk membeli belah. Makan malam dan balik ke hotel.

HARI 5: SUMMER PALACE – ZOO BEIJING (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Peserta akan memulakan perjalanan ke Summer Palace iaitu kawasan yang mempunyai tasik, taman dan istana yang luas di Beijing. Ia adalah taman empayar dalam dinasti Qing. Singgah solat di Masjid Fayuan. Kemudian, peserta akan melawat ke Zoo Beijing yang terbesar di China dan terkenal dengan Panda Hall. Peserta juga berpeluang untuk melawat kawasan skrin LED terbesar di Beijing. Makan malam dan pulang ke hotel.

HARI 6: QIANMEN STREET – XIUSHUI STREET (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Peserta akan di bawa ke Qianmen Street. Kawasan ini menggabungkan elemen budaya lama dan baru. Peserta berpeluang untuk menerokai gaya hidup orang Beijing yang lama. Kemudian, peserta akan menuju ke Xiushui Street untuk aktiviti bebas dan membeli belah.

HARI 7: BEIJING AIRPORT - BRUNEI DARUSSALAM- KUALA LUMPUR (SP)

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Aktiviti bebas sebelum ke lapangan terbang Daxing untuk penerbangan pulang ke Brunei untuk transit dan tiba di Kuala Lumpur. 

Peta Beijing & Tembok Besar China 7H5M
Tembok Besar China
Summer Palace
Forbidden City
Quanmen Street
Beijing & Tembok Besar China 7H5M
Beijing & Tembok Besar China 7H5M
Beijing & Tembok Besar China 7H5M
Beijing & Tembok Besar China 7H5M

Maklumat Pakej

Pakej Termasuk
  • Tiket Penerbangan kelas ekonomi lengkap
    muatan 20kg
  • Penginapan Hotel 4 bintang lengkap sarapan
    pagi
  • Tiket Lawatan seperti yang tertera dalam
    jadual
  • Pengangkutan bas/Van persiaran
    berhawa dingin yang selesa
  • Pemandu pelancong berpengalaman
    berbahasa English sepanjang perjalanan.
  • Perkhidmatan ketua rombongan professional.
  • Tips Pemandu Pelancong
  • Makanan halal atau mesra Muslim seperti
    dalam Jadual Perjalanan
Pakej Tidak Termasuk
  • Insuran perjalanan
  • Pilihan lawatan selain yang di nyatakan
  • Perbelanjaan peribadi, seperti minuman, souvenirs, telephone calls, porter, laundry, etc.
  • Dokumen visa untuk bukan warganegara Malaysia
  • Perkhidmatan lain yang tidak disebutkan di atas.
Nota Pakej

Itinerari ini adalah untuk tujuan informasi sahaja. Penyusunan jadual aturcara ini adalah tertakluk kepada perubahan disebabkan oleh faktor cuaca, terperangkap di dalam trafik jalan raya atau apa jua keadaan yang diluar jangkaan.

(SP: Sarapan Pagi, MT: Makan Tengah Hari, MM: Makan malam, MAP: Makanan Atas Pesawat)

Penginapan

Hotel Beijing 4*: Rezen Hotel Beijing Mijia, Lavande Hotel atau setaraf.

Tarikh Penerbangan

Berminat dengan destinasi lain?

Berhubung terus dengan team kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

Hj. Kamarul

Pengarah

Syazwan

Pengurus

Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm), Sabtu (9.00am-12.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.

Sila nyatakan destinasi, tarikh pilihan dan bilangan peserta dewasa, kanak-kanak serta bayi anda.